Procedur Pengambilan anak angkat - Temuduga dengan Jabatan kebajikan Masyarakat
anak angkat September 13, 2014
Assalamualaikum.........................................
kite nak bayar hutang kat korang semua....
yeee kite tahu..
kite tak abis lagi cerita pasal pengambilan anak angkat......
bagi korang tercari² link untuk part procedur anak angkat tu boleh klik link kat bawah ni..
Meh kite cerita pulak procedur terakhir iaitu Temuduga dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kes anak angkat i dirujuk ke jabatan kebajikan Masyarakat disebabkan tiada surat penyerahan daripada ibu kandung. Jika kite ada surat penyerahan tersebut, maka kes ini tidak perlu campurtangan daripada pihak JKM. semua keputusan akan dibuat oleh JPN sahaja.
Panggilan temuduga dibuat melalui telefon, so korang yang dah sampai stage ni, alert telefon masing², takut terlepas panggilan tu. time Nur Iman Dania, i serahkan bulat² dekat suami i.
Semasa temuduga tu, suami isteri dan juga anak angkat perlu hadir, Tapi ketika i kena hadir temuduga, en suami terpaksa outstation. bila dimaklumkan kepada JKM, alhamdullilah, mereka memahami dan membenarkan i dengan Nur Iman Dania sahaj datang temuduga. Cuak jugak pergi interview tu tanpa en suami. takut² pihak JKM dapat kesan mama dia, pastu mama dia datang amik dania.. Meraung nanti, dah ler i ni pengecut!! kahkahakhhhh
Soalan temuduga
pertama sekali, penemuduga tu lihat dania, macam mana bentuk fizikal dia, rambutnya, matanya, warna kulit, ketinggian, berat badan.
Kedua : soalan berkenaan hal peribadi I dan suami, seperti, alamat tempat tinggal, pendapatan bulanan, harta.. (ekk harta pun nak tanya- kahkahah)
Ketiga - Penjagaan Dania semasa i berkerja
Siapa yang jaga, keadaan persekitaran tempat tinggal, Pergaulan, keselamatan dan sebagainya. Memandangkan Nur Iman Dania, mak mertua i yang jaga, maka dari segi aspek keselamatan dan keselesaan mendapat markah yang tinggi dekat situ..yeaaah!
Keempat - Perancangan masa hadapan
soalan ini macam dekat JPN, apa perancangan kite untuk masa depan untuk anak angkat kite.
tu aje! mudah bukan, yang penting, kite jangan tunjuk muka cuak. jawab dengan confident! hehehee... kerana, dalam procedur macam ni, jarang berlaku, JKM mengambil anak angkat kite tu, jika permohonan kite tu gagal. JARANG berlaku. kecuali jika korang culik anak tu dekat mana². kemesraan kite dengan anak angkat kite tu juga di perhatikan. jika anak angkat korang tu macam tak mesra alam, macam takut² dengan korang, gerenti JKM ada hak untuk ambil anak tersebut. So jangan garang², jangan culik budak²....
Dokumen
semasa interview ni, korang kena bawa slip gaji suami dan isteri (jika isteri bekerja), gambar anak angkat full body 2 keping. rasanya macam ada lagi dokumen yang perlu dibawa, tapi alahai kite lupa pulakk..... nanti kalau kite ingat, kite update yeee!!
Keputusan
keputusan temuduga adalah dalam masa 1 bulan. Tiada surat menyurat juga. macam mana nak tahu permohonan kita lulus ke tidak? cukup sebulan, korang boleh call Jabatan pendaftaran Negara untuk mengetahui keputusan temuduga tersebut.....
![]() |
| bersama surat beranak tadi, JPN lampiran surat sokongan mengatakan kita telah menjalani procedur anak angkat yang betul. |
![]() |
| Buah Hati Saya!! |







