Tuesday, July 23, 2013

Prosedur Pengambilan Anak Angkat - part I

Assalamualaikum...
baru teringat yang i ada hutang satu entry tentang anak angkat dekat korang. erm...! apa lah, boleh lupa pulak. Ramai yang email i dan tanya dekat i dekat mana nak dapatkan anak angkat. sebenarnya ini semua Kuasa ALLAH S.W.T. Nur Iman Dania datang dalam hidup i bila mana i memang berniat tak nak kawin. sebab masa itu boyfriend pun tak ada, umur pun dah hampir 30 tahun. heheee... so, i ingat memang tak kawin la sampai bila²..

Nak dapatkan anak angkat bukanlah senang macam cari ikan kat pasar. boleh pilih² mana yang korang berkenan. kebanyakkan anak² angkat ini lahirnya dari hubungan yang terlarang. maka, sebelum mengambil anak angkat, fikir masak². ada sesetengah orang memandang rendah dengan anak² sebegini. sampaikan satu tahap mereka beranggapan anak angkat tidak boleh di bawa ke Mekah. Salah tu, salah sangat²... kalau tuan punya badan suka dan tak kisah, minta pandangan suami. kalau yang masih bujang, pandangan ahli keluarga amat penting, kerana anak itu membesar dalam keluarga tersebut. so fikirkan semasak-masaknya, jangan pula kebajikan anak tersebut di abaikan. kesian dekat dia. *alamak sedih pulak, touching pulak*

sudah² lah touching² nie ekkk.... huhuuhuu prosedur anak angkat yang nak i ceritakan ini adalah berdasarkan pengalaman i. mungkin apa yang i lalui ini tak sama dengan prosedur yang orang lain lalui. dan adalah di ingatkan ini prosedur pada tahun 2013. jangan pulak nanti ada yang terbaca entry i nie pada tahun 2020, dia kata point i banyak yang salah... opppps! apahal pulak nie. ada cerita disebalik statement ni..kiehkiehkhh

i ambil Dania dari kenalan family i, mama dia ada masalah dengan kehidupan dia. so, Alhamdulillah, memang i akui, amat mudah i dapatkan Dania. Tapi disebabkan ada rasa serba salah daripada pihak mama dia, maka i tak dapat nak buat surat penyerahan anak angkat daripada pihak mama dia. Mama dia bagai tak nak bagi hak penjagaan sepenuhnya kepada i. maka i diamkan diri sehingga umur Dania 2 tahun. Dalam masa 2 tahun menjaga Dania, Suami ada membuat laporan polis, mengatakan i menerima seorang bayi perempuan untuk dijaga. Laporan polis ini penting. sebabnya, mungkin akan berlaku salah faham. manalah tahu kot² mama dia buat laporan polis, kata i culik anak dia? kan tak pasal² i dan suami tido lokap. heheheee

so, procedur pertama yang korang perlu buat sekiranya menerima anak angkat daripada mana² sumber, dan sekiranya tidak mempunyai apa² dokumen penyerahan daripada pihak mama baby tu, elok lah buat laporan polis. sekurang² kita boleh defence diri kita kemudian hari. Surat penyerahan itu boleh ambil dekat JPN dan bawa ke suruhanjaya sumpah.

okey kite stop dulu setakat ini dulu ye.. kite sambung lain kali....


Dah besar anak ibu, tak sangka dah hampir 4 tahun i mandikan, beri makan, peluk cium dan tidur setilam dengan budak kecik nie.. ^__^

2 comments:

  1. Assalamualaikum & salam sejahtera

    Saya ingin mengambil anak angkat yang telah lahir yang berusia bawah 6bulan. Tidak kisah jantina & status kelahiran bayi... Berharap dapat dipertemukan dengan bayi yang sihat & di semenanjung malaysia (semua negeri).

    Saya ingin memeliharanya secepat mungkin. mohon share info kalau ada yang mengetahui. Bagi ibu2 bayi yang ingin memberikn hak penjagaan kepada saya, terus email saya di zuriatallah@gmail.com ... insyaAllah saya sedia membantu. Assalamualaikum & salam sejahtera

    Saya ingin mengambil anak angkat yang telah lahir yang berusia bawah 6bulan. Tidak kisah jantina & status kelahiran bayi... Berharap dapat dipertemukan dengan bayi yang sihat & di semenanjung malaysia (semua negeri).

    Saya ingin memeliharanya secepat mungkin. mohon share info kalau ada yang mengetahui. Bagi ibu2 bayi yang ingin memberikn hak penjagaan kepada saya, terus email saya di zuriatallah@gmail.com ... insyaAllah saya sedia membantu.

    ReplyDelete
  2. Saya masih mencari baby xkira jantina...leh hubungi saya mas 0169648013 email mazztura79@yahoo.com masih bujang n berumur 35 thn...tq

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*