Kembali lagi ! Do you Miss me?

April 03, 2019

Assalamualaikum..

hai, masih korang ingat ke siapa Ai? kahkah ! berapa lama dah bertapa blog ni. Tapi Alhamdulillah, blog ni masih lagi memberi manfaat untuk sesetengah orang yang mencari info. Terutama Info berkenaan anak angkat. Tak sure sama ada info-info tersebut masih boleh digunapakai. sebab anak angkat Ai pun dah berumur 10 tahun.

Terima Kasih kepada mereka yang sanggup terjah Facebook Ai, semata-mata nak minta pendapat, nak minta pandangan, nak kongsi cerita. Yess, mmg Ai alu-alukan korang semua cari Ai dekat Facebook, Instagram sebab semua social Media ni memang tak private.

So, ape cerita terbaru Ai ni. Ada ke yang  nak tahu? Selain bertambah Umur,, Berat badan pun setiap tahun makin bertambah. Tapi Alhamdulillah Anak jek tak bertambah. hahahaha! Cerita terbaru dan yang paling Ai nak share dengan korang semua, Ai is penanam anggur yang terhormat buat masa ni.

Setelah hampir 19 Tahun berkhidmat dengan company yang sama, Febuari 2019 hari tu, i hantar surat resign. Macam-macam comflict jugak la kan. Tapi Alhamdulillah, Allah S.W.T permudahkan segalanya.

Seperti yang korang tahu, Ai ada buka butik kan? ke ada yang tahu? hahaha, so sekarang Ai memberi sepenuh tumpuan dekat situ. Masa lebih banyak abiskan dekat butik. Tapi Alhamdulillah, rasa sangat lapang sebab masa banyak terluang untuk pantau kerja sekolah anak-anak panda, Solat pun senang. Masa untuk perbaiki diri tu sentiasa ada, compare dengan waktu kerja dulu.

Haii haii, macam terpanjang pulak entry kali ini. So! jumpa next entry!




Love ;
Rozieta Raffar

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images