AL AMEEN AISKRIM & CENDOL TAMAN KOTA MASAI

August 19, 2017

Minggu lepas, dah janji dengan anak panda sekalian, nak bawak makan aiskrim, memandangkan semua berusaha bantu ibu dia mengemas. yee yee! mengemas rumah pindah rumah tak abis². lagi pulak ditambah dengan serakkan dari kenduri doa selamat.


memandangkan masing² kepenatan. jadi iollss postpone ke cuti minggu ni. Lepas COD barang customer, mak panda pecut laju kereta pergi kedai aiskrim & cendol al Ameen dekat Taman Kota Masai.  

AL AMEEN AISKRIM & CENDOL
No. 73 Jalan Mangga 1, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang
Tel : 013-730 8142

Al Ameen ni jual aiskrim ngan cendol tau. Ada juga makanan, Laksa Penang. Ais krim banyak versi. ada banana split, ada wafer split, ada cone dan macam² lagi. Kedai ni jugak terkenal dengan cendol kuali. mak panda ni, tak berapa minat dengan laksa penang dan cendol. Jadi iolss bagi laluan pada anak panda aje yang order, Mak panda pandang ajee laa... hehehee

i order 3 scoop aiskrim.. anak² panda semua excited. suka hati awak la anak! janji uloss semua happy. walaupun poket mak mcm nak nangis ni ha... hahaaa!

jom layan gambar !

nak order kena pergi kaunter, List menu dan harga ada kat atas tu

 suasana dalam kedai.


kak ambil flavour, Coklat, Oreo & Yam, tapi dia makan coklat & oreo jekk.. Yam tu dia kata pelik. 


Cheru pilih coklat , Oreo & Coklat chip mint. Coklat Chip Mint tu dia kata pedas.. hahhaaa! mcm² la korang ni anak.



Abg pulak taksub dengan warna hijau, jadi di pilih, Coklat Chip Mint, Lemon & Durian. pastu makan sikit jek sebab tak menepati citarasa... Mintak dengan adik dia aiskrim coklat. Nasib Baik adik baik hati.


Ni namanya Bowl Connecto, harga RM 6.00 se bowl. hikhihkk!



Cheru yang tak menyabar. baru nak snap gambar dia dah colet dulu..


Love,
Cheta

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images