Prosedur pengambilan anak angkat - part 3

May 28, 2014

Assalamualaikum. .
Haiii... baru teringat yg kite tak habis lagi cerita pasal pengambilan anak angkat kan? alahai.... sorry korang, kite lupa... faktor penambahan usia... kahkahhhh...bagi yang tak tahu lagi bagaimana cara mula² untuk mendapatkan hak penjagaan anak angkat boleh review entry kite yg ni okey!


http://rozietaraffar.blogspot.com/2013/07/prosedur-pengambilan-anak-angkat-part-i.html
http://rozietaraffar.blogspot.com/2013/08/prosedur-pengambilan-anak-angkat-part-2.html

Step yang ketiga
Selepas sumbit borang permohonan, kite akan dapat tarikh temuduga pada hari tu juga. Tarikh temuduga ni bergantung kepada kekosongan yang ada. Alhamdulillah, time kite buat hari tu dpt tarikh temuduga yang tak terlalu lama.Semasa temuduga ini, anak angkat kena ikut sekali ada. Documen yang perlu dibawa adalah kad pengenalan asal pemohon suami dan isteri dan surat nikah asal.

Antara soalan yang ditanya oleh pegawai yang berkenaan adalah mengenai karekter anak angkat kite. Apa yang dia suka, apa yang tak suka, kecenderungan anak angkat mcm dia lebih suka buat ape. Kelebihan dia. Makanan yang dia suka. Permainan yang dia gemari. Lepas dia tanya perancangan yang kite nak buat untuk anak angkat tu. dari segi pendidikan, dari segi kehidupan dia, dari segi kesihatan dia. 

Selepas sesi temuduga ni, kes pengambilan anak angkat ini akan di rujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekali lagi nak ingatkan, jika kite tidak ada surat penyerahan dari ibu kandung anak tersebut, maka kes pengambilan anak angkat akan dirujuk kepada kebajikan masyarakat. 

Kebiasaannya, JKM akan menghubungi si pemohon untuk memberitahu tarikh temuduga di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tidak akan ada surat menyurat berlaku. So, korang kena alert benda ni. Bagi kite, kite serahkan aje dekat suami. sebab kite tak akan jawab panggilan yang tidak dikenali. hahahaha!

Okey nanti kite sambung lagi berkenaan dengan sesi temuduga dekat Jabatan Kebajikan Masyarakat. 


ini gambar terbaru Nur Iman Dania Rashidi. Mana tahu kot² mama dia nak tengok anak dia kan.. Hai Mama, ini Dania! ^__^. Gigi Nia dah ada 'longkang besar' .. kahkahkahh [gigi depan dia dah retak so, antara 2 gigi tu rengang, Ni la padahnye keje makan jajan, gula²...]

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images