Procedur Pengambilan anak angkat - Temuduga dengan Jabatan kebajikan Masyarakat
September 13, 2014
Assalamualaikum.........................................
kite nak bayar hutang kat korang semua....
yeee kite tahu..
kite tak abis lagi cerita pasal pengambilan anak angkat......
bagi korang tercari² link untuk part procedur anak angkat tu boleh klik link kat bawah ni..
Meh kite cerita pulak procedur terakhir iaitu Temuduga dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kes anak angkat i dirujuk ke jabatan kebajikan Masyarakat disebabkan tiada surat penyerahan daripada ibu kandung. Jika kite ada surat penyerahan tersebut, maka kes ini tidak perlu campurtangan daripada pihak JKM. semua keputusan akan dibuat oleh JPN sahaja.
Panggilan temuduga dibuat melalui telefon, so korang yang dah sampai stage ni, alert telefon masing², takut terlepas panggilan tu. time Nur Iman Dania, i serahkan bulat² dekat suami i.
Semasa temuduga tu, suami isteri dan juga anak angkat perlu hadir, Tapi ketika i kena hadir temuduga, en suami terpaksa outstation. bila dimaklumkan kepada JKM, alhamdullilah, mereka memahami dan membenarkan i dengan Nur Iman Dania sahaj datang temuduga. Cuak jugak pergi interview tu tanpa en suami. takut² pihak JKM dapat kesan mama dia, pastu mama dia datang amik dania.. Meraung nanti, dah ler i ni pengecut!! kahkahakhhhh
Soalan temuduga
pertama sekali, penemuduga tu lihat dania, macam mana bentuk fizikal dia, rambutnya, matanya, warna kulit, ketinggian, berat badan.
Kedua : soalan berkenaan hal peribadi I dan suami, seperti, alamat tempat tinggal, pendapatan bulanan, harta.. (ekk harta pun nak tanya- kahkahah)
Ketiga - Penjagaan Dania semasa i berkerja
Siapa yang jaga, keadaan persekitaran tempat tinggal, Pergaulan, keselamatan dan sebagainya. Memandangkan Nur Iman Dania, mak mertua i yang jaga, maka dari segi aspek keselamatan dan keselesaan mendapat markah yang tinggi dekat situ..yeaaah!
Keempat - Perancangan masa hadapan
soalan ini macam dekat JPN, apa perancangan kite untuk masa depan untuk anak angkat kite.
tu aje! mudah bukan, yang penting, kite jangan tunjuk muka cuak. jawab dengan confident! hehehee... kerana, dalam procedur macam ni, jarang berlaku, JKM mengambil anak angkat kite tu, jika permohonan kite tu gagal. JARANG berlaku. kecuali jika korang culik anak tu dekat mana². kemesraan kite dengan anak angkat kite tu juga di perhatikan. jika anak angkat korang tu macam tak mesra alam, macam takut² dengan korang, gerenti JKM ada hak untuk ambil anak tersebut. So jangan garang², jangan culik budak²....
Dokumen
semasa interview ni, korang kena bawa slip gaji suami dan isteri (jika isteri bekerja), gambar anak angkat full body 2 keping. rasanya macam ada lagi dokumen yang perlu dibawa, tapi alahai kite lupa pulakk..... nanti kalau kite ingat, kite update yeee!!
Keputusan
keputusan temuduga adalah dalam masa 1 bulan. Tiada surat menyurat juga. macam mana nak tahu permohonan kita lulus ke tidak? cukup sebulan, korang boleh call Jabatan pendaftaran Negara untuk mengetahui keputusan temuduga tersebut.....
bersama surat beranak tadi, JPN lampiran surat sokongan mengatakan kita telah menjalani procedur anak angkat yang betul. |
Buah Hati Saya!! |
12 Comments
Assalamualaikum Pn.Rozieta,syukur alhamduillah terjumpa blog ini.Sedikit sebanyak akan membantu kami bersedia waktu temuduga anak angkat kami pada bulan November ini.Tq
ReplyDeletewaalaikumussalam..
DeleteAlhamudillah.. semoga awak berjaya nnti yeee..!
Assalammualaikum Pn. Rozieta..Sy ingin bertanya tentang binti / bin anak angkat tu..tq
ReplyDeletewaalaikumussalam... berkenaan binti / bin anak angkat,
Deleteanak angkat tidak boleh di bin atau binti kan bapa angkat.
dia ikut bin atau binti original...
cuma kite boleh tukar nama anak
mcm anak saye : Nuriman dania, saya letak nama suami pada akhir nama dia, supaya kalau tulis nama dia kat buku sekolah tak perlu letak binti bapak asal dia...
hahaa,, jahat tak?
Assalammualaikum
ReplyDeletepn...camne nak dapatkn anak angkat...da byk tye...xde pon
da lama tggu ank sndri..
waalaikumussalam..
Deleteni semua rezeki awak..
kalau dah ditakdirkan awak punya anak angkat.. Insya Allah, Allah permudahkan.. cuma keep Berdoa.. berdoa..
Salam nk tny,dokumen ape yg perlu mase interview???sy ade interview luse...
ReplyDeletewaalaikumussalam...
Deleteselalunya document utk interview, dia minta slip gaji suami isteri, full body gmbr anak... lain² depands pada JKM.. :)
Salam Puan Rozieta, pihak JKM akan datang rumah untuk check keadaan rumah dan sbgnya ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam...
Deletedalam procedur dia, katanya ada..
tapi sepanjang 8 tahun ni,
pihak JKM takde lagi datang rumah cek.. heee
dia nak gertak je kot.. :)
Salam puan. Saya ingin bertanya beberapa soalan yg agak peribadi berkenaan anak angkat. Jika tidak keberatan mohon puan hubungi saya. 0179993666
ReplyDeletewaalaikumussalam..
Deleteen zul boleh berhubung dengan saya melalui facebook @rozietaraffar :)
Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.
* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*