:: Kaki Wayang - Hikayat Merong Mahawangsa ::
March 10, 2011hyeee awak semua! dah tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa?? hah?? belum lagi..meh sini nak bagi nasihat.. awak² semua memang patut pergi tengok cerita nie. memang best. best best giler! jalan cerita yang menarik. aku tak pandang ape teknologi yang KRU pakai untuk buat filem nie, aku tak kisah langsung pun. tapi yang paling penting, cerita yang menarik. lebih² aku adalah pencinta sejarah! kehekhhh boleh ke macam tue. time kat sekolah dulu, sejarah merupakan matapelajaran feberet! teringat kat cikgu hamid, yang rajin buatkan nota untuk kita orang ! kerana nota² aku score subjek sejarah nie... weeeiiii bangga!
Filem Hikayat Merong Mahawangsa ini mengisahkan 3 empayer. Empayer Rom, empayer China, dan empayer melayu. mengisahkan Putera Rom yang akan dikahwinkan dengan Puteri Cina, memilih semenanjung emas sebagai tempat pertemuan. dalam perjalanan menuju ke tmpt tue. kapal rom diserang ribut dan tersadai kat Goa, India. ketika mencari bantuan daripada orang² Goa, Putera Rom, terjumpa Merong Mahawangsa yg ketika itu sedang berlawan dengan pahlawan * betul ke pahlawan* dari Goa, disebabkan Si Merong Mahawangsa nie, mengorat sorang Perempuan Goa nie...
Merong Mahawangsa nie, diamanahkan membawa Putera Rom ke semenanjung Emas dan menjaga keselamatannye. ketika berada disemenanjung Emas ini, Rombong empayar China, Rombongan Rom dan Merong Mahawangsa diserang dari Puak Geruda yang mengamalkan ilmu sihir dan menculik Puteri Cina. Merong Mahawangsa Cedera parah dan diselamatkan oleh Pak kesum dan anak angkatnye Embok.
Pak kesum percaya yang Merong Mahawangsa merupakan orang yang dinanti² kan, yang akan menyatukan orang² kampung yang terbahagi kepada beberapa puak. dah sangkaan pak kesum adalah tepat. merong Mahawangsa dapat menyatukan orang² kampung dan ditabalkan menjadi Raja. tanah Semenanjung Emas itu, diberi nama Langkasuka.
Kemudian, Laksamana China datang bertemu dengan Merong Mahawangsa untuk mendapatkan pertolongan untuk membebaskan Puteri China yang di tahan oleh Puak Garuda yang dipimpin oleh Taji dan Kemawas..
selanjutnyer.. ko orang g tengok sendiri la kat panggung hokey.. penat weeeii dok cerita dari awal smpai nak abis nie..
ada banyak scene yang kelakar. Contohnye Merong Mahawangsa nie kelakar wataknye. rata² orang yang kat dalam panggung banyak yang ketawa lebih² lagi tengok watak pak kesum! keiekeihhh
pak kesum - funny Kan!
Dalam gelak² tue, ada yang bertepuk tangan.. abis cerita dia orang tepuk tangan jugak! tue tandanya cerita nie diterima oleh orang² kat panggung tue.. sekian!
Nota Kaki : Mase tengok cerita nie, satu panggung pulak ngan sepupu aku + someone yang mengaku dirinye anak kerabat diraja! uuwwwwweeeekk secara langsung mmg tak cantik! hidung plastik!!
Te Amo
Sayang KRU kkeiehhh
Nie pendapat aku, bukan pendapat kamu!
0 Comments