:: Syarat² untuk mengambil anak angkat di KEWAJA :;

February 22, 2011

Tetiba teringat kat cerita Ampunkan Daku kat TV3 sabtu lepas²... sedihkan cerita dia kan? aku smpi menangis tersedu² kat umah.. Line clear so, boleh la aku releasekan tangisan tanpa ada gangguan.. keihekeihhh.. kalau tak sakit oooooOOOO tahan nangis. keihekeiehhh..

****
dulu sebelum kawin, aku beriya² sangat nak ambik anak angkat. Allah S.W.T dengar doa aku, so dia kurniakan aku seorang baby yg comel sgt! sayang kat dania! sekarang semakin bijak, semakin nakal.. tapi aku suka sangat!

ada 2 cara untuk ambil anak angkat sebenarnya selain daripada kita ambik personal dari ibubapa dia orang, kita boleh ambil anak angkat dari KEWAJA dan BADAN KEBAJIKAN MASYARAKAT. so, hari ni, aku dan cerita pasal anak angkat dari KEWAJA..

****
sebelum itu, kamu semua kena faham status anak² kat sini, jangan pula satu hari nanti status budak² yang tak berdosa ini, jadi satu isu kemudian hari. teringat dialog kat cerita AMPUNKAN DAKU .. "anak² luar nikah nie, kalau ditoreh isinya, mengalir darah yang sama, warna merah.. tiada bezanya dengan anak halal ...

Syarat² untuk ambil anak angkat di KEWAJA :
  1. Pasangan suami isteri Warganegara Malaysia yang beragama Islam dan menetap ATAU tinggal tetap didalam Negara.
  2. Telah berkahwin lebih daripada 5 Tahun dan tiada mempunyai zuriat atau anak sendiri walaupun anak angkat.
  3. Pasangan suami isteri yang layak mestilah berumur tidak melebihi 45 Tahun dan sihat tubuh badan serta mempunyai asas ekonomi yang kukuh.
  4. Jika perkahwinan kali kedua atau kali yang seterusnya, keutamaan hanya kepada isteri yang tidak pernah hamil ATAU tiada anak kandung sendiri.
  5. Kepada pasangan yang belum cukup 5 Tahun, mereka mestilah menyediakan lapuran atau pengesahan doktor yang mengesahkan mereka sukar untuk dapat anak ATAU berkemungkinan tidak boleh mengandung.
  6. Pasangan yang layak hendaklah bersedia menjadi penaja demi menanggung segala kos yang berkaitan dengan Ibu Kandung bayi ( anak angkat ) disepanjang Ibu tersebut berada di Kewaja termasuk kos perubatan dan pengurusan kerana Kewaja tiada mendapat bantuan dari sesiapa.
  7. Pasangan yang layak dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen berikut;

    Salinan Mykad suami isteri.
    Salinan Sijil Perkahwinan.
    Salinan Slip Gaji atau bukti pendapatan bulanan ATAU perkerjaan.
    Maklumat dua orang kenalan yang tiada pertalian keluarga ATAU persaudaraan untuk rujukan.
    Surat sokongan atau pengesahan (Rujuk No.5) untuk kes tertentu ATAU jika perlu sahaja.
  8. Proses permohonan dibuat pada setiap Hari Rabu minggu pertama setiap bulan. Pemohon di kehendaki menghubungi Kewaja untuk mengetahui tarikh dan masa. Masa daftar, dari Jam 9.00 pagi hingga 12.00 T/Hari.
  9. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 013-3384868 atau 012-2966884 . Tak pun boleh klik sini.


 Te Amo
Sayang Kamu Semua

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images