:: Penjagaan Beteri Kereta ::
February 15, 2011 hari nie, bateri kerta haku buat hal lagi. tak boleh start!!!1 adeeehhh.. lum pun sampai setahun dia dh meragam.. nampak macam trend pulak, batteri nie punya jangka hayat yang kurang dari setahun.. nasib baik la ada beteri spare adik aku punya, so aku sapu la dulu, sementara nak claim warranty bateri tue.. sampai kedai, aku terus meng'google' cari cara² penjagaan bateri supaya panjang jangka hayatnye..
bateri kereta ni ada 2.
bateri kereta basah
bateri kereta kering
Bateri kereta basah nie memerlukan penjagaan yang berkala, manakala bateri kereta kering nie tak ada. oleh kerana bateri kering nie tak ade penjagaan berkala, so harga dia mahal sikit berbanding bateri basah. namun bergitu, jangka hayat bateri basah lebih lama berbanding bateri kering.cara² penjagaan yang aku dapat kat harian metro :
bila aku baca artikal nie tak la berapa nak faham, sebab dia guna perkataan bahasa baku. so, ko orang kalau nak faham kena la baca betul² hokey!Periksa paras elektolit berkala. Lihat pada bateri kenderaan anda (gunakan lampu suluh jika keadaan tidak jelas), pastikan paras penunjuk elektrolit bateri kenderaan anda berada di antara paras maksimum dan minimum sepanjang masa.
Jangan biarkan paras elektrolit berada di paras rendah (minimum) ataupun melebihi paras maksimum.
Tambah air bateri jika ia berada di paras minimum.
Apabila membuat penambahan air bateri, gunakan air suling dan elakkan daripada menggunakan air galian.
Periksa ketumpatan bandingan selalu. Cas bateri sekiranya ketumpatan bandingan berada dalam keadaan nyahcas untuk masa yang lama.
Gunakan jeli petroleum pada tambatan bateri untuk mengelakkan pensulfatan dan periksa sambungan sama ada ketat atau sebaliknya.
Pastikan palam pengalih udara ketat dan pastikan liang pengalih udara tidak tersumbat.
Gunakan asid sulfik gred bateri apabila mengisi bateri yang baru.
Pastikan bateri ditambat kukuh pada kedudukannya. Jika tambatan tidak kuat besar kemungkinan bateri tidak dapat berfungsi.Periksa penyambung bumi daripada berkarat dan kakisan.
Te amo
0 Comments