:: Pertama kali a.k.a Kali pertama ::
February 27, 2011Bila kita dapat lakukan sesuatu perkara buat kali pertama, dan perkara itu berjaya, mesti membuatkan kita tersenyum lebar dan bangga! kan! kan! *senyum*
aku rasa bangga hari ini sebab hari nie pertama kalinya aku bawa Dania pergi check up! keihkeiehhhhh.. haa gelak² walaupun bukan lanya perkara yang besar mana pun, tapi umo anak aku dah setahun 6 bulan beb.. tapi kali nie baru aku dapat bawa dia ke klinik seorang diri! waaaahhh! bangga betul la aku..
walaupun terlambat sampai ke klinik kesihatan pasir gudang, appointment pukul 10 pagi, tapi aku sampai 11 pagi. aku daftar kat kaunter 11, dalam 30 minit tunggu, no aku dipanggil. pas tue kena g bilik 9. kat sini yang kena tunggu lama. pukul 12 baru dia orang panggil. masuk bilik, dania kena bogel. naik kat tmpt timbang, berat dania 9.5 kg aje.. perrggghh sikit no la pulak naik. aku ingatkan dh 10 kg. sebab beratnye bukan kemain lagi..
pas kena kaunseling ngan nurse tue, kena pulak g bilik suntikan.. Dania memang baik.. tak nangis pun! kehekiehhhh saya kuat saya kuat! tapi nurse tue kata enjet nie budak akan deman.. so kena standby la ubat demam.. pas tue aku hantar dania kat umah mak mertua aku.. macam² aku pesan kat orang tua tue.. keihekehehheee.. main angguk aje dia.. harap2 dia faham...
Te Amo
Sayang Dania!
0 Comments
Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.
* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*