Wednesday, March 16, 2011

:: Jangan Jadi Spesis Talam Dua Muka ::

syok sangat ke jadi spesis talam dua muka nie ?? depan orang nie, kemain lagi manis mulut kamu, tetapi kat belakang orang tu, macam² kamu cerita tentang dia. seronok ke ?? menjaja perihal orang tue.. ehehehhh ter emosi la pulak.. kehekehhhh

terlalu banyak manusia bersikap talam dua muka.. sebenarnya, spesis ini, datangnya dari kalangan orang² yang dekat dengan kita. contohnya, kawan², jiran tertangga, ada juga dari ahli keluarga. macam mana spesis nie ujud ?? eeekkkkk.. susah nak cakap. tapi ini semua bermula dari hati yang sakit. sakit hati sebab cemburu tentang kejayaan orang lain, sakit hati tentang kelebihan orang lain. betul tak ??

dunia sekarang nie, kita tak boleh mempercayai orang 100%, even 70% pun tak boleh. selalunya, apabila kita terlalu mempercayai orang tu, ape² hal kita akan bercerita dengan dia, sampaikan masalah keluarga pun kita akan luahkan kat dia. kalau kita bercerita dengan orang yang betul. selamat la kamu. kalau kita terbecerita dengan orang yang salah, satu dunia tahu tentang masalah kamu.

kalau bergosip sesama sendiri kat tempat kerja pun kena hati². takut² tercerita dengan orang yang ada dua muka. silap² imej diri sendiri akan terjejas. so.. ape kesimpulannya ??

kesimpulannya, simpan cerita peribadi kamu itu untuk orang² yang betul² hampir dengan kamu. Mak, ayah, adik beradik, suami, isteri .. kalau cerita dengan kengkawan, takut satu hari nanti, kawan makan kawan.. bukan nak kata semua kawan tu tak baik, tapi nak cari kawan yang sama² susah, payah nak cari.

percayalah, cuba tanya dengan diri sendiri, ada tak kawan kamu yang sanggup susah sama².. ?? kalau kamu jumpa kawan seperti ni, please jaga dia baik². itu bukan bermaksud, kamu kurung dia dalam sangkar ye !! ehheeee.. jaga silaturahim kamu, sebab kawan spesis nie susah nak cari.

kalau kamu tanya, aku ada kawan sama² susah tak ?? jujur aku cakap, TAK ADA.. sebab ada di antara  kawan yang aku jumpa spesis talam dua muka !! jahatnya kamu !!

Nota Kaki : kawan jenis nie banyak menyusahkan hidup kita dan akan memporakperandakan hidup kita dan akan merosakkan imej kita kat mata orang lain.

Te Amo