Dah agak lama kan i tak bercerita pasal tips pembelian. so, kali ini nak cerita mengenai cara ataupun dengan lebih tepat lagi kaedah untuk membeli sparepart barang elektrik. Idea ini muncul apabila ada seorang pelanggan ni datang nak beli Blade kipas. Bila kita tanya ape brand? Dia kata apa² brand pun sama. Haaaa! kat mana rasanya kesilapan pelanggan ni? erm.... kesilapan beliau adalah tak tahu atau tak ingat brand kipas dia.
Perkara yang terpenting ketika kita nak beli sparepart barang² elektrik adalah kita mengetahui Jenama ape barang tu. Kerana setiap Jenama mempunyai struktur sparepart yang berbeza. Seperti Blade kipas. Ehhh! korang tahu tak Blade kipas tu ape? keihkehhhhh.. Blade kipas tu kalau terjemahkan 100% melayu adalah Bilah kipas. Bilah kipas ada jual tau, ada antara pelanggan yang tak tahu benda ni. asal blade ni pecah je, beli kipas yang baru. Kan dah rugi.
Kalau korang tahu jenama apa, maka senang sikit jurujual tu nak carikan untuk korang. kalau tak tahu Jenama ape memang payah sikit la nak cari. Dan selalunya jurujual ni *macam i la* malas nak layan sangat dengan pelanggan macam ni. tahu kenapa? sebab kita orang kena keluarkan semua sparepart tu dan bagi korang pilih. kalau ada 50 jenis? tak ke haru macam tu. Penat tu satu hal. Tak de komisen pun satu hal. heheheeee... selalunya sparepart yang kecil² ni, kedai letrik biasanya akan simpan. Sparepart kecil ni macam Bilah Kipas, Blender Gear, Blender Jug, Fan Knob, Mentol Peti Ais *peti ais model lama la, Peti Ais sekarang guna LED light* Tali mesin jahit, Washer Drain Hose, Washer inlet hose, washer filter, vacuum beg, remote control dan macam² lagi la.
Selain daripada Jenama, Model guna merupakan elemen yang penting untuk korang tahu sebelum membuat pembelian barang sparepart. Seperti pembelian Vacuum beg. Setiap jenama ada beratus model barang. Macam Panasonic Vaccum. Panasonic vaccum mempunyai pelbagai model. so, untuk mendapatkan Vaccum beg tersebut, model vaccum itu adalah penting.
Sekiranya sparepart tu tak ada di kedai². korang boleh memesan terus ke pusat service jenama tersebut. korang boleh minta tolong dengan jurujual kedai letrik yang ada connection dengan jenama tersebut. Macam mana nak tahu pekedai tu ada connection dengan jenama tersebut. Korang boleh lihat pada signboard kedai tu. Selalunya kedai letrik akan mempamerkan logo jenama yang mereka jual pada kedai mereka. Untuk membuat pesanan, korang kena tahu jenama dan juga model barang yang korang nak order sparepart tu. Memudahkan pekedai tersebut membuat pesanan terus ke pengeluar barang tersebut. Kalau korang nak order sparepart barang samsung, mereka akan orderkan dekat samsung. Kalau korang tak tahu jenama dan model, selalunya dia orang akan mintak korang balik dan comfirmkan jenama dan model barang elektrik tu.
See, bertapa pentingnya untuk mengetahu jenama dan model sesebuah barang yang korang nak order sparepart tu. Tak semua model dan jenama menggunakan sparepart yang sama.
Kesimpulannya, bukannya kitaorang, jurujual, tak nak melayan karenah pelanggan yang nak beli sparepart tapi tak tahu jenama tak tahu model. sebab kami memang tak dapat nak tolong. kalau nak kena order barang tu, nak order ngan sapa kalau tak tahu jenama? kan? kan?
so bagi mereka yang lepas nie nak pergi beli barang² sparepart tolonglah jangan belagak pandai lah sangat. Jangan nak ego macam tahu sangat barang tu dan jangan nak tinggi diri dengan mengeluarkan kata² yang tak sedap nak dengar. Be cool customer ye!
Antara Sparepart Blender - Maaf yee nama sparepart tu dalam bahasa indonesia ^__^
Sumber dari : http://efatajaya.wordpress.com
Antara Sparepart Mesin Basuh - Maaf yee nama sparepart tu dalam bahasa indonesia ^__^Sumber dari : http://efatajaya.wordpress.com



