Asyik post cerita pendek je kebelakangan ini kan? hehe.. ini semua gara-gara i download application blogger dekat google play. so, lebih selesa update menggunakan handphone. Di mana-mana sahaja, jika ada idea dan cerita menarik i segera publised.
kali ni menaip menggunakan PC pulak, banyak gambar yang masih lagi tersimpan untuk diceritakan kat korang. kalau bercerita pasal tempat makanan yang sedap, dekat Malaysia ni, memang kaya dengan tempat makan yang sedap² belaka. sebab itu la kebanyakkan rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukkan. termasuk la i. rasa macam nak request Baucher Kurus 1 Malaysia la (BK1M) hehheheee...
okey dah dah la mengarut tu ye. i nak memperkenalkan dekat korang 1 tempat makan yang boleh dikatakan tak mengemukkan sangat. hari tu, suami kata nak pergi dating! hah! setelah sekian lama tak berdating. so teruja jugak la nak berjalan berdua-duaan tanpa anak dan stoller! seperti biasa , i la yang kena ponteng kerja, sebab hari tu suami bercuti. ^__^
suami ajak makan dekat steamboat dan grill dekat bandaraya Johor bahru :
D'Terrace BBQ Steamboat
No. 9, Jalan Kapten Mohd Amin
Kolam Air
80100 Johor Bahru
Tel : 012-756 5693 , 07-221 1988
Waktu Operasi
5.00 Pm - 12.00 am
Harga
RM 20.90 untuk dewasa
Rm 9.90 untuk kanak kanak
Rating : 3/5
waktu i pergi, banyak tempat yang dah kena booking. so kalau korang nak pergi makan dekat sini, terutamanya pada hujung minggu, harap dapat booking dulu. kalau tidak ,mungkin terlepas la peluang nak makan makanan yang super banyak pilihan.
menyediakan makanan yang korang boleh grill dan juga untuk dibuat steamboat dari pelbagai jenis. kuah steamboat terbahagi kepada 2 iaitu tomyam dan sup biasa. sup tomyam dia sedap seimbang pedas dan masam. minuman pun banyak pilihan selain daripada itu turut disediakan ais krim! haha! memang mengenyangkan.
Umpama makan dekat seoul garden! tapi seoul garden tetap terbaik..
















