:: Muhammad Aufa Tahqif kini 5 Bulan ::

May 04, 2012

cepat aje masa berlalu . umur aufa pada 16 Mei ni dah 5 bulan. alahai cepat je dah besar anak ibu nie.. terasa bertapa ruginya aku bila masa lebih banyak kat tempat keje berbanding mengulit budak kecik ni. harap² dia tak terlebih mesra dengan orang lain. seboleh² nya, aku cuba untuk mandikan dan pakaikan pakaian dia sebelum aku hantar ke rumah mak mertua aku. 

pada umur ni, ape yang budak kecik ni dah pandai buat ek.. sekarang ni, Aufa dah meriah mulutnya. bangun seawal 630 pagi. bermain sorang² kat dalam katilnya sendiri. ibu dia sedap aje terbongkang tidur lagi. hahaaaa.. kengkadang tu bila dia dah bosan duk main sorang², dia melalak, baru aku tersedar dari tidur. heheeee....
Gambar Terbaru hero saye

aku ajar aufa untuk mandi seawal yang mungkin. tapi idok le pukul 0630 tu aku dah mandikan. paling awal aku mandikan 0745 pagi. paling lewat pun 0830. aku memang tak berapa nak gemar nak biarkan anak aku bermain dengan tak mandi. aku pulak yang rasa rimas. Alhamdulillah, dia pun tak meragam setiap kali dimandikan. terlebih excited adalah. 

24 april ari tue, bawa aufa check up untuk 4 bulan. kena cucuk. nurse tu cakap, baby akan demam, so dia bekalkan ubat demam. tapi alhamdulillah dia tak demam pun. sebab aku bagi ubat deman tu 1 dos pada hari yang sama sebelum dia dijangkiti demam. pencegahan lebih baik daripada merawat. betul tak?

cuma yang tak berapa nak syok, berat badan Aufa 5.6 kg cuma naik 0.8 kg aje .. nurse tu membebel kenapa naik sikit. iskk iskk.. menyusu kuat. tapi tak gemuk. maybe dia mewarisi genetik bapa dia. kurus. kalau ikut ibu dia, mesti dah melebar kan? kan?

yang menjadi masalah aku sekarang ni, tahi sawan atau pun Cradle cap kat kepala dia tak mo hilang. dah banyak kali aku letak minyak, pastu sikat kasi buang tahi sawan tu, tapi still tak hilang² jugak. ade ke nurse tu kata aku tak jaga anak aku. helllooooooooooooooo........ i jaga anak i hokey! tapi aku ckp dalam hati aje la.. bila nurse cakap mcm tue, aku hanya mampu tersenyum dan angguk kan kepala aje.

Note : Sekarang ni tengah cuba guna santan kelapa untuk buang tahi sawan tu. mudah² berkesan.


Love Him, Love My Kids, Love My Family

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images