:: Hukum Menyusukan Anak Angkat ::
May 30, 2012
Entry berkenaan anak angkat diblog kesayangan aku ni sentiasa hangat. sehangat goreng pisang! bukan semua pasangan yang berkahwin mempunyai anak sendiri. ada yang bertahun² kawin tapi Allah masih belum mengurniakan mereka anak. Maybe mereka rindukan keriuhan mulut² comel ketawa, menjerit, mengomel, menangis dan sebagainya. keriuhan mulut² comel ini sebenarnya satu hiburan. itu pada aku. Alahai! rindu pulak pada anak²! ^__^
Malam tadi, disebabkan ter overdos nescafe, aku tak dapat nak tidur walaupun jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. untuk melayan rasa kesegaran mata, aku belek² majalah Mami Baby April 2012. terjumpa artikal ini " Hukum Menyusukan Anak Angkat".
Artikal itu menulis bahawa islam menggalakan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga berumur 2 tahun, sekiranya mereka mampu. Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, menyusukan anak angkat mereka dengan bantuan rawatan perubatan.
menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat seorang wanita itu mestilah mencapai umur baligh sama ada sudah berkahwin atau belum. dan ubat atau suntikan tersebut tidak mengandungi unsur² najis.
Bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila menetapi syarat² seperti dibawah :
- Bilangan susuan hendaklah dengan 5 kali penyusuan ( bayi mestilah dalam keadaan kenyang selepas penyusuan)
- susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi
- umur bayi tidak melebihi 2 tahun mengikut pengiraan bulan qamariah.
sekiranya kaedah menyusuan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul dan dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga dan tempat luka tubuh badan, bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.
sekiranya, wanita yang menyusukan tersebut berkahwin atau pun mempunyai suami, maka lelaki tersebut menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.
HUKUM HUBUNGAN MAHRAM.
hukum hubungan mahram antara anak susuan dengan adik beradik susuan, ayah dan saudara mara adalah seperti berikut :
- adik beradik susuan tidak boleh berkahwin
- anak susuan tidak boleh berkahwin dengan nenek / atuk disebelah ibu dan ayah susuan.
- anak susuan tidak boleh berkahwin dengan ayah susuan.
- tidak boleh berkahwin dengan adik beradik kepada ibu dan bapa susuan.
- haram berkahwin dengan anak kepada bapa susuan yang berlainan ibu. bergitu juga dengan anak ibu susuan dengan suami terdahulu ( adik beradik tiri)
- tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan kepada adik beradik susuan.
PEMBAHAGIAN HARTA
anak susuan tidak termasuk dalam pembahagian harta @ hukum farait.
Aku tak sempat nak susukan dania ! |
Sayangkan mereka seperti anak² kita sendiri dan jangan pernah wujukan jurang antara mereka dengan kita dan antara mereka dengan anak² kita sendiri.
source :
Majalah mamibaby April 2012
Jawatankuasa Fatwa Majlis kebangsaan bagi hal Ehwal Islam Malaysia
[Muzakarah kali ke-96 pada 13 - 15 Oktober 2011]
5 Comments
salam, awak.. saya tersentuh dengan blog awak! saya x d blog ^^* sbb x rajin menulis, tapi facebook saya http://www.facebook.com/ideal4isac
ReplyDeleteawak, saya nak tanya.. saya sbnrnya sedang cari anak angkat, if bleh yg masih bayi supaya saya boleh menyusukan anak tu! saya baru menghubungi pegawai dari jkm, mereka nasihat saya cari sendiri ibu yang ingin menyerahkan anak mereka supaya proses lebih mudah.. (by the way, kami menetap di johor).
boleh x awk bantu saya? saya betul2 nak tambah zuriat lagi.. even bkn anak sndr, cukuplah dgn anak susuan! harap dapat bantu saya!
terima kasih..
hai elly,
Deletethanks sudi singgah blog kite..
memang betul kata pegawai JKM tu, kalau boleh kita sendiri dapatkan bayi tersebut daripada ibunya. proses lebih mudah. saluran untuk dapatkan bayi tu yang payah. semuanya bergantung pada nasib dan rezeki kita. macam saye, anak angkat saya daripada kenalan. cuba elly risik² kawan ataupun kenalan kawan yang mempunyai masalah hidup dan ingin berikan anak mereka untuk dijaga.
harap dapat membantu!
Salam....saye jg sedang mencari bayi utk dijdkan anak angkat. Mcm2 usaha dilakukan demi utk bertemu cinta hati yg xtahu di mana... Kalau ade info2 hubungilah saye 0173367996. Dan sudi2kanlaa follow blog saye, bkaitan proses anak angkat dll... tq http://penyerihidupku03.blogspot.com
ReplyDeletesaya juga akn mndpt ank agkt x lama lg.rasa berdebar menanti kelahirannya.teruja bakal mnjadi seorg ibu sperti org lain.syukur dgn rezeki yg diberi ALLAH SWT wlupun begini caranya
ReplyDeletehaii awakk...
Deletetahniah!
tak lama lagi rutin harian akan lebih meriah...heee..
selamat menjalani rutin harian yg tersangat best n mencabar nnti ekkk!!
Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.
* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*