:: Resepi - Puding Jagung a.k.a Puding Kastard ::

April 18, 2012

mase membelek² facebook, terjumpa la status budak Yiying Martopo nie yang asyik sungguh makan puding jagung. sedap sgt la katanya. disebabkan sikap aku yang pantang bila orang cakap makanan nie sedap, aku pun mengoogle la macam mana rupa bentuk puding jagung tu.

bila search², rupa² nya puding jagung tu adalah salah satu kuih kegemaran aku time berbuka puasa. tetiba selera tinggi pulak nak makan kuih tu. selalunya kalau kat bazar ramadhan, puding ni kebanyakkan penjual letak perasa makanan dan pewarna yg banyak berbanding jagung sebagai sumber utama. nak jimat kos dan meningkatkan keuntungan. ermmm.... tu yang membuatkan puding tu tidak menetapi citarasa aku.

so, dengan kerajinan yang banyak dalam diri aku pada minggu lepas, aku buatlah puding jagung ni, resepi nie aku ambil kat web www.myresipi.com. tapi tak ingat la dari resipi sapa.. mintak maaflah ye owner resipi ni..

heeee jom kite masak

Bahan²
1 tin jagung manis 
1 tin tepung kastard
3 tin air 
3/4 tin gula
1 kotak santan (aku suka pakai santan kotak berbanding kelapa parut atau santan serbuk)
Cara Membuatnya :
- kisar jagung manis, biar sedikit hancur (kisar dengan air yg dalam tin tu ye)
- masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk. masak dengan api yang sederhana sehingga bancuhan tersebut kering melekit dan berkilat.
- masukkan dalam acuan dan sejukkan.
- dah siap! boleh makan

disebabkan dapur rumah mak aku nie, tak berapa nak cantik bila nak tepekkan kat blog nie, so tak de la gambar² langkah demi langkah yang macam aku cakap kat atas tu. tapi ni la hasil nye...

aku guna mold hello kitty .. hehee ade rupe hello kitty kan? kan? 
nie semua pengaruh kawan aku,Reena Onn .dengan aku² sekali dah terminat hello kitty! ceh!


Love Him, Love My Kids, Love My Family

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images