:: Belangkas - Makanan Exotic Johor ::

April 21, 2012


Sekarang ni, belangkas merupakan makanan exotic yang popular kan? masuk TV3 lagi tau. giler tak glamour belangkas sekarang ni. time aku kecik² dulu, tinggal kat daerah kota tinggi, memang puas makan belangkas ni, Abah selalu bawak balik seguni dari Teluk Sengat, Kota Tinggi.  sekarang ni, belangkas dah ada sangkar. yang aku tahu pengusaha nye ada kat Tanjung Sedili. Masuk Majalah TV3 tau....

setelah sekian lama tak makan belangkas, officemate aku ajak makan belangkas kat Belangkas Mahkota. fames tau restoren ni, pasal dah masuk TV. heheeee.... untunglah pak hamid kan, dapat masuk tv.

restoren ini terletak di tengah bandar kota tinggi, bersebelahan stesen minyak Esso. selepas daripada traffic light berhadapan dengan stesen minyak Shell, mesti pandu kereta perlahan, sebab takut terbabas. kalau korang dah jumpa Esso, terus masuk kat dalam stesen minyak tu, ada jalan menuju ke bahagian bawah sebelah kiri. restoren ni, agak tersorok sebab kedudukannyer di bawah bukit.

kena pergi awal tau, kalau tak, korang tak sempat nak merasa nak makan belangkas dan makanan exotic lain. memandangkan aku ni duk kat pasir gudang, jauh kan. so aku call aje, suruh pak hamid simpankan untuk kita orang.

selain daripada menu belangkas, restoren pak hamid turut menyediakan Asam pedas ikan (ikan berbeza²), kari ayam kampung, dan siput gonggong berserta menu makanan yang biasa² je.


Restoren Belangkas Mahkota
Kota Tinggi
Tempahan : pak hamid - 019 706 1680




   antara  menu kita orang



ini namanya gonggong sedap weiii | Rm 5.00 seorang makan
dlm gambar ni untuk 3 orang makan

ini isi gongong. memang sedap. kalau nak makan benda ni, kena call tempah ngan pak hamid. kalau order  mase nak makan selalunya tak dapat sebab siput ni terhad.


Belangkas | Rm 15.00 untuk 3 orang makan. | Rm 5.00 seorang makan


Kupang | Rm 5.00 seorang makan

 Ikan pari bakar | harga lupe pulak nak tanya
antara menu baru restoren pak hamid. boleh cube sebab memang sedappp sangat.

** harga tak de la mahal sangat macam ade satu customer tu cerita makan 6 orang boleh mencecah 3 ratus ringgit? pelik la.. dia orang makan ape?

Note : Nescafe Ais Pak Hamid memang sedap. tak sempat nak ambik gambar.. heheee sebab sedap sangat.


Love Him, Love My Kids, Love My family

You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images