:: Muka Aufa Serupa macam arwah Abah Buat Aku sedih ::

December 20, 2011

pertama kali aku tengok muka Aufa selepas dilahirkan memang membuatkan aku betul-betul sayu... muka dia saling tak tumpah macam muka arwah abah.. lebih2 lagi, hari lahir mereka berdekatan.. aufa lahir 16 december, abah lahir 18 dec..




sebiji macam muka arwah kan ?

sehingga hari nie, bila pandang muka Aufa, aku jadi rindu pada Abah.. Aku betul2 merasa kehilangan abah.. lebih2 lagi bila dah hujung tahun nie, bila bonus nak keluar ^___^, arwah selalunya akan call aku, selalunya dia akan mintak duit sikit.. aku tahu abah hidup tak senang walaupun pada hakikatnya kehidupan seorang peneroka felda sebenarnya adalah mewah.. aku terkilan, sebab duit bonus aku tahun nie, tak dapat lagi nak bagi kat arwah...

Te Amo






You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images