:: Aku dan Pantang ::

December 26, 2011

berpantang tue satu kemestian selepas melahirkan anak. kenapa mesti berpantang? berpantang merupakan proses untuk si ibu mengembalikan semula tenaga dan merawat semula tubuh badan selepas berhempas pulas memerah tenaga semasa proses bersalin.

nie le muka orang berpantang!

ape yang aku faham dan yang dok di war2 kan dengan aku, sekiranya kita tidak mengamalkan pantang ni, kesan akan kita rasai semasa kita dah tua nanti. ermm.. bila difikirkan, memang ada sedikit takut. iye la, dah tua, macam2 penyakit yang akan timbul kan ?

Berpantang cara melayu adalah selama 44 hari. antara aktiviti berpantang adalah :
berurut, memakai bengkung, bertungku, berbarut, minum air akar kayu (tapi skrang ni, ramai dah tak minum air akar kayu, kebanyakkan nye guna kapsul, senang nak telan), minum air halia *halia bara*, memakai stokin, tak boleh minum dan makan makanan sejuk dan berangin seperti timun, kangkung - kangkung? alamak, tadi baru pas makan kangkung! =__=. tak boleh makan makanan berminyak, bersantan, pedas & telur.

tetiba terfikir pulak budaya bangsa lain berpantang. erm... terbaca kat buku babybook, orang cina berpantang sehingga 45 hari, manakala masyarakat india pulak berpantang sehingga 40 hari

berpantang cara orang cina adalah mengamalkan sup herba dan tonik untuk meningkatkan peredaran darah dan mengeluarkan angin. kena pastikan badan sentiasa panas. hanya mandi selepas 12 hari, hanya menggunakan campuran herba untuk membersihkan diri- uuiiieeewww mesti busuk kan?. minum rice wine dan red dates tea khususnya pada 20 hari pertama. memakan makanan yang mudah dicerna. tidak boleh membasuh rambut selama 21 hari -sure masam-, tidak boleh menghalakan kipas direct kepada ibu bersalin, kalau guna air-cond mesti suhu antara 26c - 28c. tidak boleh membawa objek berat termasuk baby. tidak boleh stress, menangis atau menjerit.

berpantang cara orang india pula, mesti makan 4 kali sehari, kena makan sayur, halba, halia dan kentang untuk improve kan susu. kena pakai sweater, stokin untuk mengekalkan suhu badan (keep warm). makan indian herbal curry (kampung mari punya), ayam boleh makan selepas 40 hari. mandi menggunakan hot herbal. menggunakan Rub Omam spice untuk kulit yang cantik dan menghilangkan kesakitan. membasuh rambut menggunakan hanya air herbal yang panas. kena makan 15 jenis indian herbal. tidak boleh makan seafood, makanan berangin seperti terung dan kobis, makanan berminyak dan bersantan , minum air dengan banyak, mengangkat objek berat selama 3 bulan.
aku berpantang mengikut cara aku aje.. lagi pulak, mak aku, bila aku tanya, mak nie boleh makan tak? semua dia kata boleh.. hahaa.. even kalau aku tanya ais-krim boleh makan ke tak? sure dia kata boleh.. hhahaa.. aku berpantang, tak guna stokin, minum air dengan kuantiti yang agak banyak. huh? macam tak berpantang kan? cuma aku elakkan makan makanan yang pedas. sebab aku menyusukan aufa. kang ada yang anak aku kena cirit birit. hahaaaa.. aku juga yang susah!

Te Amo

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images