Thursday, May 17, 2012

:: Nur Fasha Sandha Binti Hassan::



Percaya atau tidak, aku memang minat pada lakonan mantap Nur Fasha Sandha Binti Hassan ataupun Fasha Sandha. selain daripada lakonan yang best, ape yang aku suka kat fasha sandha nie adalah ketabahan dia. walau banyak manapun gosip² liar dan kontrovesi yang di alami oleh Fasha Sandha ni, dia still lagi berada di industri glamor ni kan? dan ianya tidak mematahkan semangat si Fasha untuk terus menghasilkan lakonan yang bermutu.

aku suka tengok lakonan dia dekat drama melayu. selalunya yang ditayangkan kat tv3 seperti Cinta Elysa, Chinta dan yang terbaru Seindah sakura. Sekarang nie memang tengah layan cerita seindah sakura kat TV3. Walaupun aku kerja balik pukul 10 malam, memandangkan aku kerja dalam kedai yang penuh dengan TV, tambahan pula Boss aku yang sporting bagi pekerja² nya melayan cerita² dekat tv bermula pada pukul 7 malam, so memang aku tak kan missed tengok cerita tu. melainkan time tu ada customer datang la kan! customer tersangat penting, so kena serve dulu. 

kalau terlepas nak tengok cerita tu, aku singgah kat tonton.my aje!



Tahniah untuk Fasha yang bakal menjadi ibu tidak lama lagi!