Tuesday, April 17, 2012

:: Mengapa Dilarang Minum Ais Ketika Mengandung ::


semasa mengandung, banyak pantang larang yang harus kita ikut kan? aku pulak memang suka sangat melanggar pantang larang yang aku rasa tak de logik nye pada fikiran aku. ialah kan kengkadang bila pantang larang tu di adakan tanpa ada bukti kesahihannya.. memang liat nak ikut. 

salah satu peraturan yang aku suka sangat langar ialah minum air batu atau air yang ber ais. fuyoooo memang cukup menjadi favourite aku minum air batu ni. walhal ketika tak mengandung aku ni takde la taksub sangat minum air batu ni. mungkin semasa mengandung dulu, aku rasa panas sentiasa. sampai satu tahap sampai  nak mandi dengan ais. 

tapi kenapa tak boleh minum air batu ketika mengandung? sebenarnya apabila kita, ibu-ibu mengandung minum air batu, rasa sejuk tu memang kita yang akan rasa. rasa nyaman aje kan. manakala bayi dalam kandungan kita tu akan rasa effect kepanasan air batu tu. pada mulanya, benda ni semua tak masuk dalam kepala aku. sebab kepala aku ada batu yang keras a.k.a degil.

so, aku memang melantak air batu tiap² hari, terutama pada akhir² bulan kandungan. masa tu cuaca pun memang sangat² panas.

akibat daripada kedegilan aku, effect nye adalah ::

**



**



**


**


**

haaa... amik ko berkerak atas kepala anak aku tahi sawan. ni dipanggil tahi sawan yang paling kronik aku jumpa. kesian ngan anak aku, kerana kedegillan ibu dia, anak aku kena tanggung rasa gatal ni. gatal tau ade kuping² kat atas kepala. macam ibarat kelemumur.

macam mana cara mengatasi nye ??
Nak tak nak kepala Aufa kena botak. so,hari² aku akan lumurkan dengan minyak johnson. bila dah kembang atau pun mcm nampak dah terapung² kuping² tue, aku sihat bagi dia tanggal. hari² buat. InsyaAllah boleh hilang.

tapi masalahnye kepala anak aku ni, teruk sangat. aku bawa ke Klinik Kesihatan. Doktor bagi ubat antibiotik. mula² tue kurang. tapi lepas tu datang balik. Jahat tau kuping² tu. tak mo lupakan kulit kepala anak aku.

bila jadi macam ni, mula terbit rasa menyesal. tu la lain kali kalau orang tua cakap, jangan membantah! jalan terakhir aku beli syampoo ni..


Alhamdulillah, semakin sembuh. tapi tu la sekarang ni dah masuk 4 bulan umur Aufa. walaupun tak sembuh dengan sempurna. sekurang² nya ada perubahan ketara. ape yang pasti, budak kecik nie memang tak boleh ada rambut. kalau ada rambut, for sure berpeluh, so, bila berpeluh, kuping² cepat aje timbul.

selain daripada timbul kuping² tu, Aufa ni, ada ruam yang kronik. abis seh muka dia, memang kesian sangat. tu la ibu dia nie degil..!! tapi ruam tu dah hilang sebab ade beli satu krim kat farmasi. mujarab jugak. sekarang ni, anak aku yang aku gelar Nescafe Latte dah bertukar Air Soya! hehee sebab dah putih melepak! ikut sapa la tue ekkk!!

terukkan ruam kat muka Aufa.


Dah bersih dah muka nescaffe latte saye !


Note : Satu cabaran yang besar nak membesarkan Aufa


Love Him, Love My Kids, Love My Family