Thursday, April 12, 2012

:: Huizu Restoran - Chinese Muslim Cuisine


aku sebenarnya dah lama menyimpan niat nak merasa makanan cina. tapi masih tak jumpa lagi, restoren yang menyediakan makanan cina yang halal. ade officemate aku ni yang hobinya memang makan (sama la ngan aku kan) beritahu ada satu restoren yang menjual makanan cina muslim. ooHHoooo ape lagi, terus aje nasfu makan melonjak².. sanggup tu ikat perut nak tunggu waktu rehat pukul 6 petang.


Huizu Chinese Muslim Cusine  
No 107, Jalan Balau 3, Taman Rinting, 81750 Masai, Johor.
Masa Operasi : 6 Petang - 11 Malam 

Buat Masa ini, restoran ini hanya dibuka pada waktu Dinner Sahaja. sebab itu la aku terpaksa keluar rehat lambat dari biasa.

Masa aku datang tu pukul 6 lebih, tapi ape yang tak berapa nak best, restoran ini, belum dibuka sepenuhnya. tapi nak makan punya pasal, aku ngan bucuk main redah aje masuk. seb baik kita orang dilayan dengan baik.

Menu kat sini di hidangkan dengan 3 saiz. S , M & L. boleh jugak kalau nak order untuk per person. harga berpatutan dan yang lebih menarik, Makanan kat sini memang sedap.





Permandangan dari luar



Tom Yam Versi Chinese Saiz S
 tak Sama tau rasa dia dengan Tom Yam ala Thai. Yang ni lagi sedap. tak masam dan pedas sangat

 Udang Mentega  Saiz S

 Nasi Goreng Ikan Masin Saiz S
Kalau ikutkan nasi nie boleh makan 3 hingga 4 orang. tapi disebabkan sedap, aku makan berdua aje. hahaaa!

Brokoli saiz S

Aku nak listkan restoran ni Favorate resturant aku ngan dia. ^__^. Thanks kepada pengusaha restoran ni sebab melayan kami walaupun waktu tu tak bukak abis lagi....


Love