Monday, April 16, 2012

:: Hatiku Tertinggal Di Rumah ::


entah la kenapa dengan hati nie sejak awal pagi tadi. rasa mcm nak balik rumah peluk² and golek² dah Aufa Tahqif. Sehari cuti rasa macam tak puas nak belek² budak kecik nie. sejak `aku dah start bekerja ni, memang aku jarang ada masa nak main cak cak dengan Aufa. Tapi nasib baik la aku kerja masuk tengah hari, so waktu pagi nyer aku ada peluang untuk mandikan dia. pakaikan pakaian dia. time pagi aje la masenya kita orang dapat bertentang mata. 


balik kerja dah malam, for sure la dia dah tidur lena. lepas abis pantang, anak aku nie memang sukar nak tidur siang, jadinye Malam memang waktu favourite dia tidur. Hah! sapa yang menjaga dia waktu siang, memang tak menang tangan la. Pasal dia suka celikkan mata dan bermain. kalau tidur pun kurang dari satu jam! itu pun kita kena selalu enjut buai dia. kalau tak, silap² 15 minit pun tak sempat, dia dah bangun tidur. 


bila aku mula naik kerja, tibe aje waktu cuti, kekok jugak nak jaga dia waktu siang. ade suatu hari tu, memang sakit la semua anggota badan. pasal aku dah tak tahu cam ne perangai dia waktu siang. tapi sekarang ni, aku dah mula tahu cam mana nak jaga dia. mula timbul rasa seronok yang amat sangat.. erm... 


Wahai siang, cepat la berlalu. dan gantikan dengan waktu malam, saye rindukan anak saya!

Love Him, Love my kids, Love My Family!