Thursday, December 29, 2011

:: Bukan Senang nak berbagi Kasih ::

nie tak de kena mengena dengan hidup bermadu ye kawan²... ape yang aku nak cerita kat sini adalah berbagi kasih antara anak² aku.. semua sedia maklum, aku dah pun bersalin.. so, ada baby yang menuntut perhatian yang lebih. 


ape yang menyedihkan aku adalah, aku terpaksa korbankan banyak masa dengan Nur Iman Dania.. kengkadang tue terpaksa tidur berjauhan. sebab katil kami kecik.. kalau dah ayahnyer adiknyer tidur kat atas katil tue, mana nak letak Nur Iman Dania ?

adakalanya aku terpaksa pekakkan telinga bila dengar dia menangis kat tingkat bawah bila dia merengek nak tidur ngan aku. sedihnyer Allah aje yang tahu..

sekarang nie pun, tingkah laku Nur Iman Dania lebih nakal. kalau ditegah jangan buat, dia mcm pekakkan telinga dia aje.. membuatkan aku naik hantu marahkan dia.. sekarang nie pun, kalau kata JANGAN mesti siap dengan rotan. kalau tak, gerenti comfirm dia tak makan saman.

kengkadang, aku rasa sayu hati bila dah termarah dia. hari nie, dia boleh g color kepala Aufa dengan pensil color.. cam mana aku tak marah.. tak pasal² pensel kaler tue aku buang.  menangis  tersedu sedan Nur Iman Dania. Aku langsung tak pujuk.


Bila dia dah berhenti menangis, aku peluk cium dia.. tak semena² dia ketawa berdekah².. dia langsung tak amik hati bila aku marah dia macam tue.. itu buat aku rasa bersalah...


bila dia dah besar nnti, aku harap dia faham kenapa aku marah dia. bukan niat aku nak beza² kan dia. cuma aku nak dia tahu ape yang dia buat tue memudaratkan adik dia.. 

Note : Ibu harap, Nur Iman Dania faham ape yang ibu buat...

Te Amo