:: FOLLOWERS ::

:: The Chicken Rice Shop ::

Saye suka makan nasi! ehhh ber saye pulak ekk.. heheee. comel ape kalau guna gantinama saye. kan kan! heeee.. sebagai rakyat Malaysia sejati. Nasi merupakan makan ruji yang sentiasa dicari tiap² hari. selalunya kalau tak dapat nak makan nasi sehari, rasa nya macam tak kenyang. walaupun perut sarat dengan makanan, tapi kalau tak jamah nasi, mesti akan rasa 'lapar nasi' heheee.....

kalau jalan² kat shopping complex, kebanyakkan restaurant selalunya akan menghidangkan makanan barat dan jugak makanan fastfood. kalau saye on aje! lagi suka. tapi disebabkan Hubby aku ni, merupakan anak melayu tulen, jadi kalau nak makan mesti cari nasi. selalunya yang yang ada jual nasi ni cuma kat food court aje la kan. tapi kemain mahal. lebih² lagi dekat JUSCO.

ada suatu hari tu, terbuka la hati kami untuk cuba makan dekat The Chicken Rice Shop. sekali cuba terus jatuh cinta! nasi kemain banyak. ayam dia pun perhh banyak sgt. tak sama dengan nasi ayam yang jual kat kedai² biasa. harga pun tak de la mahal sangat. dan paling sedap dekat sini adalah 3 Layer Tea. ! My favourite!

Selalunya aku akan makan dekat JUSCO Tebrau. Tapi pernah sekali tu makan dengan City Square. memang menghampakan. potion ayam dengan nasi dengan The Chicken Rice Shop City Square memang tak sama. dah ciput pas tu 3 Layer Tea tu memang tak sedap!  hah! mengecewakan!


Suasana The Chicken Rice Shop Di Jusco Tebrau



The Chiken Rice Shop Jusco Tebrau

3 Layer Tea - My Favoutite

Nasi Ayam - Pelbagai Pilihan Ayam Antaranya Stim, Roasted dan Crispy




Selain lain daripada Menu Nasi Ayam, Ada jugak menu daripada Mee Wantan macam ni.



Mase ni baru abis pantang. ^__^



Mak aku cakap, dia tak tercekak nak makan kat sini. pasal dia ternampak ayam yang tergantung kat bahagian depan restoren ni - cawangan di City Square. Maybe Management perlu buat sesuatu.

Lapar la pulak tengok makanan nie. ^__^

:: Tempat Jatuh lagi Dikenang Inikan Pula Tempat Bermain ::

Aku anak Felda! wahhhh.. sejak Perdana Menteri kite mengisytiharkan durian runtuh untuk warga felda, Ramai pulak yang bukak cerita yang mereka² pun anak felda. bercakap tak sudah² mengenai felda. Dah menjadi tajuk perbualan wajib bila bertemu. dan yang mengelikan hati, ada mereka² tu yang mencanang yang Rm 15K tue hak mutlak dia sorang. padahal semua orang tahu yang dia masih lagi mempunyai Ayah dan Abang! 

key² stop dulu la pasal duit Durian runtuh yang sedang diagihkan kepada warga felda ye.. pada yang telah menerima tu, diharapkan dapat menggunakan wang tersebut untuk meningkatkan taraf kehidupan keluarga dan diri sendiri.

memang benar aku adalah merupakan generasi kedua felda. aku membesar di sana selama 12 tahun. setelah mak dan arwah abah berpisah, aku berpindah ke johor bahru! tapi tu la orang kata kan tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula bermain. 

semenjak Abah dah tak ada, automatik rumah yang berada di Felda tu terbengkalai. walhal sebenarnya sudah lama terbengkalai. tapi sekurang² kami adik beradik dan saudara mara, berpeluang merasa yang rumah peninggalan arwah tu hak kami.

so, nak jadikan cerita, aku dan ahli keluarga yang lain, bergotong royong untuk mencantikkan rumah pusaka tu. hahaa rumah pusaka ek.. tapi memang betul, itu rumah pusaka. selama 2 hari berkampung kat Felda Air tawar 4, kota tinggi, masing² mempunyai tugasan masing. kecuali aku, tugasan aku hanyalah melayan si kecil Muhammmad Aufa Tahqif, tapi jangan cakap tak penat yee.. menjaga budak kecik yang susah nak tidur siang ni, memang memenatkan!

:: Nama Mak Abah Saye ::



:: Sedang di Makeover ::














:: Wajah Baru ::









:: Dania & Fahrell ::







Sesekali bergotong royong seperti ini, akan mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga.

:: Tak boleh nak update blog ::

disebabkan komputer office i ni dah kondem, jadi tak dapat la nak update ape2 untuk dua tiga hari ni.


Tapi nasib baik lah, handphone ni boleh online.. hehe... dengan tiadanya komputer, maka dengan ini, i punya masa terluang yang banyak..


time macam nie la pelbagai idea entry tercipta. tetapi disebabkan function blog melalui handphone nie terhad.. jadi, i simpan dulu dalam memo... hehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

:: Nescafe Shake ::

Semalam, boss aku baik hati. Dia hadiahkan aku nescafe shake. kedai mamak punya. wahhh!! kedai mamak skarang dah advance ekk... ada jual air ala-ala coffee house ! rasa memang power la. rasa nes dia memang kaww punya.


Terima lasih boss! nescafe ni buat mood keje aku berada di tahap yang paling maksimum. terlebih rajin pulak aku hari tu... hehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

:: Kesilapan² biasa ketika melanggan Astro Beyond ::


Sapa yang rumah dia tak ada Astro?? sekarang ni, kebanyakkan rumah sudah pun memiliki Astro kan? lebih² lagi bagi mereka yang duduk di kawasan yang susah nak dapatkan siaran tv malaysia. kengkadang tu, aku tertanya², tinggal dalam Malaysia, tapi nak dapat siaran TV Malaysia pun susah. ada yang dapat, tapi tak berapa nak jelas. Contohnya kawasan rumah aku, TV malaysia langsung tak dapat nak tengok, yang boleh tengok siaran tv daripada Singapore dan jugak Indonesia! Clear pulak tu. kengkadang tak payah pakai aerial menjulang ke langit pun boleh jelas. pelik tak? pelik kan...

okey² lari dari tajuk pulak da ni. apa yang aku nak ceritakan ini adalah kesilapan² yang sering kita lakukan ketika melanggan Astro yang tanpa kita sedari. ini cerita benar yang berlaku pada customer aku dan jugak atuk aku.. heheeee... atuk aku pun terkena da.....

Kesilapan Pertama :

sekarang ni kan trend orang pakai tv slim dan nipis a.k.a LCD atau LED atau Plasma kan? Tv sebergini mempunyai HDMI port yang membolehkan korang melanggan Astro Beyond Full HD dan PVR. 

Bagi mereka yang pengguna Tv LCD, LED atau Plasma, boleh melanggan Astro Beyond Full HD dengan syarat, mereka mestilah melanggan ASTRO SUPER PACKS. 

sebabnya, hanya Astro super packs sahaja menawarkan High Defination service. kalau langgan Astro Super Packs ni, korang boleh menonton channel yang mempunyai High definition picture. kualiti gambar memang jelas ketara lebih cantik berbanding dengan astro beyond biasa. 

jika korang menggunakan Astro Beyond Full HD tapi melanggan setakat Astro Family sahaja. kualiti gambar dia sama aje kalau korang melanggan Astro beyond yang biasa. korang rugi tau pasal, HD services tu harga dia Rm 20 sebulan.

Ini yang terjadi pada salah seorang pelanggan aku. melanggan Astro Beyond HD tapi beli channel biasa je. Dah lama baru dia perasan. bertapa dia rugi Rm 20.00 sebulan sebelum ni.


Pic Source : Google Image

Kesilapan Kedua :
ini yang terjadi pada atuk aku. rumah atuk aku tak de tv LCD LED mahupun Plasma. dia pakai tv biasa, yang bontot tv panjang 10 kaki. hahaaaa...! . Astro dia yang lama tu rosak, so kakak aku tukarkan dia astro baru. Kakak aku melanggan Astro Beyond HD ! so, kat mana nak letak HDMI cable tu? mestilah tak boleh kan. so, terpaksa la orang astro tu guna RCA wire yang ada 3 warna tu.  kesudahannya, atuk aku rugi Rm 20.00 sebab kena bayar HD service setiap bulan.... 


Pic Source - Google Image

astro ni pandai, kalau korang nak Upgrade services, korang tak kan kena caj, pastu servis pertukaran memang cepat. Tapi sekiranya korang downgred korang punya astro service, ada caj pastu kena tunggu certain² masa baru boleh tukar. macam kes atuk aku ni, dia kena tunggu setahun baru boleh downgrade daripada astro Hd ke astro biasa.


Sebagai pengguna kita kena bijak memilih, Manakalah sebagai penjual, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu pengguna membuat pilihan yang bijak. jangan fikirkan keuntungan semata²..
 ^_^