Seperti yang dijangka oleh Nur Iman Dania, akhirnya termakbul la permintaan dia nak dapat adik perempuan. Alhamdullliah, hari tu, pergi scan Doktor Aida sahkan i mengandung anak perempuan..Yeaaahh! ibu pun suka! boleh beli baju cantik² warna pink. kihekihh... Untuk adik Aufa, adik boleh geng dengan ayah ye.. boleh main tembak² dengan ayah.. and one more thing, dah tak boleh panggil adik lagi nie, nak kena biasakan panggil abang. hehehe! tapi budak Aufa nie, kalau kita jerit² panggil adik! adik! bukan dia layan pun. Kalau kita panggil Aufa baru dia layan.. hehehehe
Tapi doktor Aida tu kata, Uri i masih di bawah. Buat masa ni, jika tiada pendarahan, maka ianya berada di tahap selamat. sekiranya berlaku pendarahan, disarankan untuk terus ke hospital berdekatan. Dari pembacaan i di google, bila uri berada di bawah, ia ada 4 tahap. tahap pertama dan ke dua, si ibu masih berpeluang untuk bersalin secara normal, kerana uri tidak menutupi jalan baby keluar. Tahap 3 dan ke 4, kebiasaannya, uri menutup terus laluan keluar dan kebanyakkan ibu yang mengalami tahap ni, akan bersalin secara pembedahan.
Apa yang di sarankan oleh kawan² i, banyakkan berdoa dan bercakap dengan baby, supaya baby dapat gerakkan uri tu naik ke atas. Mudah²an, i dapat bersalin secara normal. Biar sakit nak bersalin daripada tanggung sakit selepas bersalin. jika la i ditakdirkan kena bersalin secara bedah. Macam mana lah i nak uruskan anak² i yang lagi 2 orang tu. For sure la i tak dapat nak renyah² uruskan mereka kan...! arhhh ruginya kalau i biarkan masa kecil mereka di uruskan oleh orang lain. Tak Mo! Tak Mo!
Tak lama lagi, baby duduk kat tengah².... I am Happy! Very Happy! Alhamudlillah! dan Esok hari Ulangtahun Perkahwinan i yang ke 3 tahun!!























