Resepi : Chocolate Chip Muffin
December 22, 2014dah lama tak share resepi kan.. sebab rasa malas nak ke dapur tu makin menjadi². tambah lagi mak asyik ada dekat rumah je, so dapur tu dia kongker sepenuhnya.. hahahaa! satu kepantangan aku ni ni, bila aku ada dekat dapur, maknanya tak boleh ada orang lain sibuk² dekat dapur buat kerja jugak. dah ler dapur tu kecik, kalau masuk 2 orang buat kerja, dah bergesel² punggung pulak.. hehee
Hari Jumaat lepas, semangat nak membaking tu membuak². Si abang memang suka makan kek, so aku decide untuk buat muffin. Alhamduillah, menjadi dan sedap! sedap! Sedap!
Bahan A2 Biji Telur1 Cawan Gula Perang100ml Susu Segar120ml Minyak Jagung1/2 Sudu kecil Esen vanillaBahan B2 Cawan Tepung Gandum1 Sudu Baking Powder1/4 Cawan Serbuk Koko1/2 Cawan Coklat chip (Tinggalkan sedikit untuk ditabur)
Cara-CaraSatukan semua Bahan A dalam bekas. Pukul sehingga sebati.Dalam bekas yang lain, campurkan semua bahan B.kemudian Campurkan Bahan B ke dalam Bahan A. kacau sehingga sebati.(Jangan kacau over sgt, nanti texture muffin tak cantik)Tuang Adunan dalam 3/4 penuh dalam cawan kertas dan taburkan coklat chip di atasnya.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dalam suhu 170cBakar selamat 20 minit.
Bahan B |
Mix Bahan A dan Bahan B warna dia perhh buat terliurrrrr!! |
Tunggu Turn nak masuk Oven |
Dah Siap!! Tapi kite tak tabur coklat chip dkt atas muffin ni, tak cukup coklat chip sebenarnya..!! hehee |
Pembantu Saye.. |
Selamat Mencuba!!
0 Comments
Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.
* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*