Genting Highland 2013

October 25, 2013

Nak cerita kat korang pasal percutian kami sekeluarga pada hari raya hari tu. ^___^ agak lambat.. tapi tak pe kan.. sebab ini adalah kali pertama kami semua dapat pergi bercuti bersama²... kita orang bertolak dari Mersing pada hari raya ke-2 dengan 2 biji kereta.. heeee.. sebab yang pergi tu tak muat nak sumbat dalam 1 kete suami i. So terpaksa i drive kete kancil kesayangan tu ke Genting! Fuyooooo.. ramai yang tak percaya, bahawa kereta kancil i tu boleh bergerak jalan jauh.. hahaaaa.. 

Kita orang Check In dengan hotel berdekatan Ampang Point Area. Perjalanan memakan masa 8 Jam. Cehh! en suami kalau bawa kereta memang macam siput hahaha.. dia kata biar lambat asalkan selamat. Ceh! kalau i jadi Mandor.. 5 jam boleh sampai KL. Tapi nak buat camne.. Takut jugak kang ada sama AES menyusul balik rumah.. hahahaa!

Destinasi pertama yang kita orang pergi adalah GENTING HIGHLAND! Wow!! excited! memang dah lama giler tak pergi Genting nie. Masing² semangat berkobar² specially anak² lah kan. Tapi Ibu dia pun excited jugak sebenarnya. Dalam kotak pemikiran, nak naik semua permainan yang ada walaupun ketika tu, i tahu i mengandung. heheeeeee...

Membuatkan i lebih teruja, bila Kancil i tu mampu bawa seramai 4 orang hingga ke Awana Genting Resort. kahkahakahh... tapi memang agak semput lah. Tapi Alhamdulillah, i manage bawa kete tu sampai ke Awana dengan jayanya....

Kami semua adalah orang pertama yang sampai dekat Awana Skyway nie. rupanya dia orang buka pukul 10.00 Pagi. Adik kata naik kete kebel nie mengerikan.. cehhe! i okey je naik. takde rasa seram pun. Seronok lagi adalah. Anak² pun tak rasa gayat. Suasana dekat Genting sekarang dah tak berapa nak sejuk. tambahan pula time cuti² nie, orang ramai, so baju sejuk yang kita orang bawa semua takde function. 
















Penat and seronok yang amat sngt! Suami pun berani naik Spiderman dengan rela hati. kahkaakhhhhh.. sebenarnya en suami nie gayat. Tapi well done sayang! sebab berani naik walaupun macam² benda dia maki! kahkahakahhh



You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images