Resepi Nasi Goreng Planta
December 18, 2012
Nasi goreng ni sinonim dengan sarapan pagi kan? tapi ada jugak yang makan nasi goreng ni pagi petang malam. sebabnya mudah disediakan. tak perlu banyak lauk. Tapi jangan selalu amalkan ye. sebab nasi goreng mengandungi kalori yang tinggi. Boleh memudaratkan kesihatan.
Suami i memang suka makan nasi goreng yang i masak. dia kata super sedap! sebenarnya yang membuatkan nasi goreng i sedap adalah bahan yang i guna. i tak suka masak cincai² ni. sebab tu setiap kali masak, Udang itu bahan wajib. tak kira masak nasi goreng ke masak sayur ke, i memang suka letak udang.
banyak pulak kan cerita i nie.Meh lah tengok resipi.
Bahan-bahanNasi Putih secukupnyasedikit belacan2 Ulas Bawang putih - Di cincang3 tangkai Kacang panjang - di hiris10 Ekor Udang2 biji telurSedikit minyak Masak1 senduk plantagaram dan serbuk perisa secukupnyaCara Memasakpanaskan minyak masak bersama planta. Tumis bawang putih dan belacan sehingga naik baru. selepas itu masukkan udang. Tunggu sehingga udang masak. selepas itu masukkan sayur . kacau sekejap then masukkan telur dan gaul rata.Kemudian masukkan nasi, garam dan sebuk perisa. Siap!
Planta Kena campurkan dengan minyak supaya planta tu tidak hangus kalau terlalu panas
Extra sayur. Suami i suka letak sayur lebih
Dah hampir selesai makan baru teringat nak ambil gambar ^__^
Selamat mencuba!
1 Comments
Hmmm sedapnya!! Nak sikit Ta :)
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.
* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*