:: Misi Baju Raya Berjaya ::
August 15, 2012
Alhamdulillah....
berkat kesabaran dan ketekunan serta keterujaan *hhaaahhhaaa ape banyak ter la kan*, akhirnya i dapat siapkan baju kurung dan baju melayu untuk dipakai anak-anak i dipagi raya.. ooohhyeeeee! seronok sangat sebab penat lelah i menghasilkan pakaian yang comel² untuk anak i. bertambah la comel anak i kan? heee
nak bagitahu korang, sebenarnya menjahit ni, nampak aje senang. sebenarnya payah beb! memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. kalau orang amatur macam i ni, menetas jahitan disebabkan kesilapan dan kealphaan diri sendiri tu sememangnya tak dapat dipisahkan. dekat sini kesabaran yang amat² tinggi diperlukan. sepanjang menjahit ni, banyak kali i kena tetas penjahit pada pakaian anak i. tapi nasib baik mak ada beri sokongan. Thanks Mak!!
so, ini lah hasilnya....
Kain Cotton dari Kamdar |
Kain entah ape entah dari Nagoya! satu set dengan ibu dia.. ^__^ |
Kain Satin sepesen dengan ayah dia |
haiii tak sabar nak beraya kan? Selamat Menyambut Hari Raya kepada awak, awak dan awak semua! Maaf zahir dan batin, Jemput datang rumah.. ehhh tapi kena inform dulu pasal rumah kite tak de kuih.. heheee. kepada yang memandu pulang ke kampung, berhati² memandu, kalau mengantuk berhenti sekejap tak pun singgah Petronas, sebab dia orang menyediakan kopi percuma.
Tahun ni i dapat balik kampung, tapi bucuk kena keje.. Selamat bertugas Bucuk!
0 Comments
Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.
* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*