:: Back To Normal ::

March 09, 2012

selain daripada makan, hobi aku adalah memasak! sejak pregant awal tahun dulu, keinginan untuk memasak tu lenyap terus. tapi nasib baik la selera makan tu tak hilang jugak. walaupun mase tue selera tak hilang, tapi bab makan memang la jadi cerewet sangat. sampaikan bucuk dah tak reti nak beri makan ape.. ^__^


aku paling suka buat kek n dessert. tapi disebabkan sikap malas yang amat dahsyat ketika pregent dulu, aku diserang sakit kepala selama 3 hari berturut² selepas menyiapkan order cupcake dari kawan aku. nasib baik la, tempat kerja aku nie, tidak mengamalkan protokal sangat. so, its easy bila aku cuma sms kat bos, cakap aku sakit kepala dan tidak boleh bekerja. 

Now, selepas bersalin, hobi aku adalah memasak. mase abis pantang dulu, hari² aku tibai memasak. bucuk selalu puji, dia cakap masakan aku bertambah sedap! fuyoooo.. kembang kuncup hidung bila suami puji. siap beli buku resepi lagi. kononnya tak nak asyik masak benda yang sama aje..
hasil daripada vocher buku 1 Malaysia

disebabkan aku sekarang nie tinggal dengan mak, dapur kena kongsi lah kan. sejak naik keje ni, aku memang jarang dapat masak. pasal mak aku kongker dapur. hahhaaa.. asal bangun pagi aje, gerenti nasi ngan lauk plus dengan sarapan pagi dah tersedia.*tak suka tak suka* hahaaa...

kengkadang tue, memang la syok bila mak masak. tapi aku nak gak test power memasak. tak kan nak bagi suami makan makanan yang mak masak tiap² hari kan? kan? 

Note : terima Kasih mak, sebab memasak untuk saye yang dah tua nie.... *tutup muka malu*

Love,


You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images