:: Setahun Berlalu - rentetan entry berbau jiwang ! ::
November 09, 2011kalau ko orang perasan la kan.. entry aku hari nie semuanya jiwang² belaka.... ape dah jadi nie.. kasi aku gelak dulu ye..! keiheiehhhhhh.. jawapannya aku kurang pasti. mungkin sebab pembawakan budak kot! cehhhh.. nak salahkan anak pulak...
[sila ambil perhatian - entry ni lewat "setahun" ]
heppy anniversary Bucuk !! hahaa.. sebenarnya 23.10.11 yang lalu, merupakan ulang tahun perkahwinan pertama kami... kejap aje dah setahun. dalam setahun nie, banyak benda yang perlu dikorbankan.. perkara utama yang perlu dikorbankan adalah masa untuk diri sendiri. sebab dia perlu diutamakan. kengkadang sikap dia buat kita macam nak baling pinggan mangkuk, tapi sebagai isteri kita kena pratikkan tahap kesabaran yang tinggi, setinggi gunung everest. lebih² lagi bila suami kita tue anak tunggal @ anak bongsu @ anak mak.
pada tahun pertama nie, banyak keburukan pasangan yang kita dapat tahu yang dia tak pernah nak tunjuk masa bercinta dulu. bertembung pulak dengan keburukan diri sendiri yang kita dok cover sepanjang bercinta. hahaha! kenkadang benda yang kecil boleh jadi issued untuk gaduh.
Baiknye aku mase nie kan.. Sekarang pun baik la jugak!
perkara yang perlu kita pratiskan, tahap kesabaran. selalunya ego lelaki nie, tinggi! teramat² tinggi. sebagai perempuan, tahap kesabaran mesti tinggi. lebih tinggi daripada ego dia.. bila bergaduh, mengalah bukan bererti kalah... minta Maaf tak bererti kita bersalah, kalau ianya mendatangkan lebih banyak kebaikkan daripada keburukan, ape salahnya..
kalau rasa tertekan dengan sikap pasangan kita, luahkan aje kat twitter! hheeee.. tapi jangan sesekali kita mention nama orang tue, biarlah rahsia!
0 Comments