:: Derita Morning Sickness ::

July 27, 2011

pada tahap awal kehamilan, ramai yang akan menghidapi penyakit yang satu nie. morning sickness nie ibarat isi dengan kuku dengan peknen kan ? penyakit yang sinonim ngan morning sickenss nie adalah, loya, muntah² sakit  kepala . ada sesetengah orang, si suami yang akan mengalami simptom² macam nie. tapi sure la berapa peratus dan berapa ramai.


tapi kenapa mesti ada morning sickness nie ? dari segi medical, morning sickness nie terjadi disebabkan oleh :
* Peningkatan tahan hormon estogen
* Gula dalam darah rendah [hipoglisemia]
* Progesteron yang meningkat yang membawa lebihan asid dalam perut
* Peningkatan dalam gonadotropin korionik manusia. ia lebih berkemungkinan  gonadotropin korionik manusia yang merangsang ovari ibu untuk merembeskan estrogen yang seterusnya menyebabkan loya
* Peningkatan kepekaan terhadap bau
* Peningkatan dalam paras Bilirubin disebabkan enzim hati yang meningkat.
sumber nie aku dapat dari mr wikipedia, yang telah ditranslatekan oleh mr google... ^__^ 


Alhamdulillah.. masa trimester pertama dulu, tak ada morning sickness, bucuk pun tak alami morning sicness nie.. muntah ke loya ke, tak de pun. maknanya kesihatan berada ditahap yang memberangsangkan. baby faham kot, ibu dia nie dah sikit berumur, dah tak larat nak alami simtom² mcm tue.. ^__^

tapi adakalanya terkena sakit kepala yang kronik, yang memaksa aku ponteng kerja 2 hari berturut² setiap bulan *cehhh cehh terpaksa konon* ye la, kerja aku melibatkan pelanggan, cam no nak serve customer kalau keadaan kepala yang tak sihat? betul tak ? 

trimester pertama nie, aku kurang selera makan, sampai skarang. cerewet nak mampos bab makan. sampaikan time nak makan aje boleh jadi moody sebab makanan semua tak menepati citarasa. dulu Ayam tue makanan wajib tapi la nie, ayam tue aku pandang sebelah mata aje. tak heran pun ? kikeheehhhhh....

Udang  Sambal lagi sedap berbanding Ayam sekarang nie ..

sampai satu tahap tue berat badan turun 1.5 kg. Nurse suruh aku makan banyak².. weiii aku nie hantu makan hokey, tapi entah kenapa la susah sangat nak makan skrang nie......

skarang nie dah masuk trimester kedua, berat badan pun dah naik sikit, cuma selera makan tak de lagi.. sekarang nie dah mula rasa baby berdenyut² kat dalam... seronoknya !!!!

Te AMo


You Might Also Like

0 Comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images