NURSERY PLANT MASAI, misi mencari bunga untuk rumah baru

August 18, 2017

Selepas berkali² mencuba untuk beli rumah, Alhamdulillah, akhirnya impian untuk mendapatkan rumah sendiri sebelum umur 40 tu Allah S.W.T Makbulkan. nak beli rumah sekarang bukan sesuatu yang mudah ye. dah harga rumah semakin lama semakin mahal. jadinya korang perlu sambar jekk ape jua peluang yang ada. 

Sungguh! iolss dah banyak kali apply rumah idaman. semua loan gagal hahaaa! ada orang mempertikaikan rumah yang i dapat  Mahal. Memang! memang mahal. tapi insya Allah, rezeki tu ada.

kengkadang, kalau asyik dengar orang cakap, banyak mendatangkan perkara negative daripada positif. betul? so biarkan aje ape yang orang nak kata.

bila dah ada rumah ni, semangat mendeco membuak² kan.. terutama en suami la. segala idea memang datang dari dia. i mengikut jekk... hari tu dia bawak iolss pergi kedai nursery bunga. hajat nak beli bunga cantik². tapi time tu mood iolss tak berapa nak stabil (haha, angin kuskus gamak²) so, kita mencuci mata aje laaa... 

kedai bunga ni, dekat Masai, Johor. bersebelahan Shell. Nursery ni baru aje bukak. i lupa pulak nak snap gambar hadapan nursery waktu ni.

dalam banyak² bunga, i paling tertarik pada kaktus. cantik dan berwarna².. nak beli, tapi takde idea lagi nak letak dekat mana. jadi, kita ambil gambar dulu. lepas tu baru fikir nak letak dekat mana.. 




Bodyguard Ibu :)


Antara Kaktus yang berjaya menambah hati hamba ! hehe








Love,
Cheta

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images