Bila Tidur Tak Mo Berbuai

May 28, 2014

Orang Bilang, Budak² lebih elok kalau tidur tak berbuai. Senang nak berjalan pergi Mana².. Pengalaman i, pernah sekali bawak Aufa Tahqif pergi KL, memang menangis melalak² lah nak tido, sebab dia tidur memang berbuai. Sampai la dah Umur 3 tahun ni, tidur siang pun masih berbuai. Cuma malam aje, i tak bagi dia tidur dalam buai. 


Sekarang ni, bila turn adik dia, Airis Qisha pulak, tak suka tidur dalam buai. Ingatkan menyenangkan, iskk! iskk! lagi susah pulak. hahahaa.. bila tak nak tidur dalam buai, maka tidur dia waktu siang tu tak berapa nak lena. tidur tak sampai 30 minit dah terjaga. sebab abang² dia buat bising. bila dah terjaga, takde nye dia nak tido balik. 

So kesimpulannya, pada i, untuk mendapatkan kualiti tidur siang yang baik untuk anak² i, Buai merupakan insrument yang sangat baik.

Baik dan buruknya penggunaan buai ini, depand kepada si pengguna juga. bila baby lagi, penggunaan buai boleh menyenyakkan lagi baby tu tidur. bila baby dapat tidur yang cukup, maka takde lah dia nak meragam kan. 

Bila kite guna buai ni, keselamatan kena titikberatkan. ikat tali untuk sangkut buai tu dengan ikatan yang betul. bagi bayi, sila gunakan bantal dan alas dalam buai tu supaya posisi tidur dia menegak, jadi risiko lemas tu berkurangan. jika boleh ikat kain buai tu dekat dua dua hujung kain, bahagian kepada dan bahagian kaki, supaya bayi tak terjatuh. mana tahu kan, malang tak berbau. adalah lebih baik sekiranya bawah buai tu ada lapik tilam kecik. mengelakkan sebarang kemalangan berlaku. dah yang lebih penting, jangan tinggal anak kite dalam buai tu tanpa pengawasan. kalau ada kite ada kerja yang perlu dibuat di tempat lain, selalu jenguk  atau pantau anak dalam buai.


budak nie lebih relax tidur dalam rocker pink ni.. tapi itu lah, tidor sekejap² dah terjaga.....

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images