i-City Shah Alam 2013

October 29, 2013

Kita sambung kisah percutian kami sekeluarga ke Kuala Lumpur pada hari raya hari tu ekk.. Waktu siang tu kita orang semua memang pulun habis main dekat Genting. Bila hari semakin petang, Semakin ramai lah orang dekt Genting tu, so semakin panjanglah kami semua berbaris untuk main sesuatu permainan. Suami i bukan boleh tengok orang ramai² sangat macam tu. Berangin satu badan lah jawabnye bila kena Q panjang. heheeee sudahnya kami semua ambil keputusan untuk turun ke bawah. Sampai dekat hotel pun dah nak malam.

Anak² dah sibuk nak pergi i-City. so, malamnye, kami semua pergi i-City. Wow! dah banyak perubahan. kalau dulu, i-City buka dekat bahagian depan je. tapi sekarang, bahagian depan tu, dia orang dah buka waterpark yang ada Tornado tu.. tapi waktu malam dia orang tak buka, so kite pergi taman dekat bahagian belakang yang banyak bunga² LED. Fun Fair pun dah berpindah kat belakang. dekat kawasan tu pun dah ada deretan rumah kedai. Syok lah dia orang fulus masuk hari² berkoyan² sebab orang memang ramai dekat i-City tu.

Masa ni, tempat parking tidak siap sepenuhnya, kita orang kena parking dekat tmpt jalan yang dia orang tambah batu untuk mengelakkan  tanah merah setepek dekat tayar kereta. kalau tidak silap i, parking tiket lebih kurang Rm6.00 sekali masuk. Dekat sini, ada jual macam² permainan lampu LED. I sambar 2 batang Star dan 1 batang Love. Setiap satu harga dia RM 5.00.. Murah! selalunya kalau pergi tempat² macam ni, kemain mahal nak mati barang² dia. 

Muhammad Aufa Tahqif yang sedap lena tidur pun boleh terjaga sebab seronok tgk lampu banyak. Kakak dia memang suka tgk lampu dari kecik. Tengok lampu traffic light pun dia suka.. kehkiehkehhhh...
















Kita orang tak jalan jauh pun. pusing² dekat situ² je.. sebab tenaga dah dikerah abis dekat Genting. Walaupun pun penat, dapat tengah muka anak² semua ceria dan gembira, ibu ayah pun senyum lebar...

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images