Monday, January 24, 2011

:: 2011 wishlist ::

rasa² terlambat tak nak listkan azam tahun baru?? keuhekeiehhe.. rasanya tak kot.. ape yang nak dicapai pada tahun nie..

#wishlist 1- macam tahun² yang sudah pekara utama adalah untuk menurunkan babat yang makin tebal kat badan nie. mcm tahun² sudah jugak. azam nie selalu gagal. so aku bagi tempoh setahun nie, untuk babat² nie berpindah! heheeee

#wishlist 2- mudah-mudahan nur iman dania dapat adik.. keiehekiehhhhh. walaupun aku berkahwin baru 2 bulan lebih, tapi aku nak anak cepat² memandangkan usia pun dh makin senja.. kesian Dania bila takde geng nak main kat umah..

#wishlist 3 - disebabkan aku dah jumpa hobi yang selama ini terpendam, aku nak asah hobi nie. banyak benda yang aku kena explore tentang crochet nie.. dan aku bertambah minat tahap gaban dengan yarn..

#wishlist 4 - aku impikan sebuah taska! wow! aku nak bukak taska supaya aku dapat lihat anak aku membesar depan mata. serik bila anta anak kat tmpt pengasuh. walaupun pengasuh itu dari kalangan keluarga sendiri. tapi seb baik dania serasi bersama dengan mak mertua aku.. [love u mama]

#wishlist 5 - aku juga impinkan sebuah bangunan yang macam² ada. semuanya berkaitan dengan baby! dalam bangunan itu, ada Taska, Playgroung, Shopping Mall untuk si comel dan restoren untuk si comel! wow! bagus tak idea aku nie..

#wishlist 6 - aku nak jadi seorang isteri yang baik untuk bucuk yang tercinta. kurangkan segala yang tak sempurna.!

#wishlist 7 -  menambah pendapatan yang ada..

#wishlist 8 - nak jadi kaya..

banyak sungguh kan! semoga berjaya!