Resepi : Chocolate Chip Muffin

December 22, 2014

dah lama tak share resepi kan.. sebab rasa malas nak ke dapur tu makin menjadi². tambah lagi mak asyik ada dekat rumah je, so dapur tu dia kongker sepenuhnya.. hahahaa! satu kepantangan aku ni ni, bila aku ada dekat dapur, maknanya tak boleh ada orang lain sibuk² dekat dapur buat kerja jugak. dah ler dapur tu kecik, kalau masuk 2 orang buat kerja, dah bergesel² punggung pulak.. hehee

Hari Jumaat lepas, semangat nak membaking tu membuak². Si abang memang suka makan kek, so aku decide untuk buat muffin. Alhamduillah, menjadi dan sedap! sedap! Sedap!

Bahan A
2 Biji Telur
1 Cawan Gula Perang
100ml Susu Segar
120ml Minyak Jagung
1/2 Sudu kecil Esen vanilla
Bahan B
2 Cawan Tepung Gandum
1 Sudu Baking Powder
1/4 Cawan Serbuk Koko
1/2 Cawan Coklat chip (Tinggalkan sedikit untuk ditabur)

Cara-Cara
Satukan semua Bahan A dalam bekas. Pukul sehingga sebati.
Dalam bekas yang lain, campurkan semua bahan B. 
kemudian Campurkan Bahan B ke dalam Bahan A. kacau sehingga sebati.(Jangan kacau over sgt, nanti texture muffin tak cantik)
Tuang Adunan dalam 3/4 penuh dalam cawan kertas dan taburkan coklat chip di atasnya.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dalam suhu 170c
Bakar selamat 20 minit.

Bahan B


Mix Bahan A dan Bahan B
warna dia perhh buat terliurrrrr!!

Tunggu Turn nak masuk Oven

Dah Siap!! Tapi kite tak tabur coklat chip dkt atas muffin ni, tak cukup coklat chip sebenarnya..!! hehee




Pembantu Saye..


 Selamat Mencuba!!



You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images