Taman Permainan Bukit Layang-Layang Pasir Gudang

November 06, 2014

Bila tiba waktu cuti, maka anak² pun sibuk la ye tanya mana nak pergi time cuti macam ni. Lebih² lagi kakak, nur iman dania yang hari² mengira bila lah ibu dia nak cuti. asyik kerja kerja kerja. selalu balik malam. Alahai anak. bila dah ada mulut, macam² benda nak complain ekk....

Saya ni kerani cabuk dekat kedai letrik je... bos bagi cuti satu hari. hai hai hai! nasib badan lah.. Tapi bersyukur sangat bila hari cuti dipinda dari hari Ahad ke hari Jumaat. so, tak de clash cuti dengan anak. cuma clash cuti dgn suami je.. kalau clash ngan suami, itu semua bisa di atur.. hahahaaaaaaa.....

ehhh lari dari tajuk pulak ni. sebenarnya kite nak cerita kat awak semua, hari tu kite bawak anak² kite yang 5 orang tu pergi picnic denkat Bukit Layang-Layang. Picnic tau.. Mak mertua i siap masak mee hoon, telur rebus, kerepok dengan air oren lagi... tapi tu la sayangnya tak dan nak snap 1 2 keping gambar makanan. hehee..

dekat area pasir gudang ni, Bukit Layang-Layang ni, memang tempat reakasi yang femes. kalau waktu-waktu petang memang ramai ibu bapa bawak anak² mereka bermain dekat sini. yang buat femes Bukit Layang-Layang ni, adalah Festivel Layang-layang Antarabangsa yang diadakan setiap tahun pada bulan febuari.

Dekat sini jugak, ada 2 Kawasan Taman Permainan, Tapak senaman dengan kemudahan peralatan senaman seperti di gym, kawasan lapang yang berumput, sesuai untuk aktiviti mengeluarkan peluh. ohh yeee... dekat Bukit Layang-layang jugak ada senaman aerobik pada setiap pagi sabtu dan ahad. best best best!! selalu jugak joint time solo dulu. bila dah anak askar² kecik ni, payah nak bergerak...












p/s : Jimat Kos & jimat masa.. hehhee! asalkan anak² enjoy, mak bapak tak kopak duit.. dah kira sangat² bahagia!!

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images