Kini Upin Ipin bergabung dengan Ultraman untuk selamatkan Dunia

November 12, 2014

Wahhh.. kemain lagi tajuk kali ini kan.. memandang esok hari kite cuti, maka aktiviti yang wajib adalah mencari cerita² menarik dekat youtube untuk kite sedut masuk dalam pendrive. Niat memang nak cari cerita Upin Ipin. pastukan kite terjumpa promo Upin Ipin dan Ultraman Ribut. yess! yess!! suka suka suka!!

memandangakan sekarang ni, si abang memang minat gile dengan ultraman, maka gabungan antara upin ipin dan ultraman mungkin jadi cerita kesukaan dia. bila ada cerita kesukaan macam ni, jadinya, dia takde lah asyik mintak handphone jeee... asyik nak main game aje.. risau tau!!

So, sapa minat upin ipin?? kena siap standby dekat depan TV , 14,15 & 16 November 2014, jam 5.30 petang di TV9.. yeaaahhh! yeaaaah!! ibu pun tak sabar nak tengok. ibu pun dah jadi peminat cerita upin ipin nie.... kahkahakah!!! 

Sinopsis ::

Mengesahkan Ultraman Ribut, Upin Ipin dan kawan-kawan berperanan sebagai ahli Defense Rescue Force yang membantu Ultraman Ribut menentang Raksasa Kilat dan Raksasa Halilintar daripada terus mengganas dan memusnahkan Bumi. Kedatangan raksasa tersebut ke bumi disebabkan oleh pencemaran yang berlaku di kota dan di desa. Di akhir cerita ini, Upin Ipin dan kawan-kawan serta Ultraman Ribut berjaya mengalahkan raksasa tersebut. Upin Ipin juga sedar bahawa mereka perlu sentiasa menjaga bumi sepaya tidak dicemari



Alooo aloooo comel nye budak² nie.....

Betul! Betul! Betul!
P/s : Kena jaga kebersihan ni, nanti raksasa datang menyerang!! ^__^

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images