Segalanya Shaklee - Bila & Bagaimana

October 21, 2014

Haii Assalamualaikumm....
hari ni kite nak story pasal shaklee la.. bila dan bagaimana aku boleh terjebak sekaligus sayangkan shaklee ni. aku kenal shaklee melalui facebook. banyak jugak update pasal shaklee ni.suppliment ni baik untuk kulit cantik... suppliment tu baik untuk buang lemak.

masa kenal shaklee, aku memang ada masalah berat badan. masa tu baru lepas bersalinkan aufa. selera makan MasyaAllah, aku tengok pun seram. so, set pertama yang aku beli adalah set untuk kurus. disebabkan aku tak consistant guna, maka takde la kurusnya aku ni.. kahkahakh...

Set kedua, aku beli set untuk kecantikkan pulak. mula² sampai produk memang aku jaga betul².. makan ikut time. memang nampak kesannya. kulit memang rasa moist mcm cheesecake.. Alahai! cheekecake! heheheee. tapi dah dasar aku ni kan, bila dah nampak effectnya, mula la malas nak teruskan. pun stop separuh jalan..

Set ke 3, aku beli set mengandung. masa ni tengah mengandungkan Airis. Alhamudlillah, aku manage untuk displinkan diri untuk consume semua suppliment, terutama sekali ESP dan Ostematrik. kesannya, aku tak perlu nak minum susu, ostematrik dah cukup untuk cover kalsium dalam badan aku. so, rasa sakit² badan tu kurang, simpul biawak pun jarang kena. masa mengandung 1st dulu, aku terkena Kencing manis, so memang azab la tiap² bulan kena amik BSP. time airis, alhamdullilah, kandungan gula dalam darah stabil.. Yeeeehoooooo... dah yang paling best, kulit rasa lembab... 

start dari itu, aku sayangkan shaklee.. sayang sgt dengan suppliment dia.... awal tahun hari tu, aku signup jadi member shaklee tapi belum terbuka hati lagi nak jual kat orang. beli pakai sendiri jeee... tapi bulan lepas, alhamdulillah, hati terbuka nak beri laluan pada diri untuk jadi usahawan... kihekhh.. doakan kejayaa saye yeeee



Permata hati saye.... Yang paling kecik tu anak shaklee.... hehee dari dalam perut smpi kan menyusu 2 bulan.. yee hanya mampu 2 bulan aje.. bukan takde susu.. tapi atas sebab lain....  kakak dengan abam pun consume shaklee jugak.. banyak faedah.. banyak maanfaat...


^__^

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images