Tuesday, September 30, 2014

Cottage Spices Nyonya Restaurant

Assalamualaikum.............................
Hari ni kite nak cerita dekat awak semua pasal Asam pedas! En suami kite memang suka sangat makan asam pedas ni. Isterinya pulak, takde la terro sangat masak asam pedas ni, bukan masak asam pedas je tak terro, masak benda alah lain pun tak berapa pro.. kahkahkahh!!

Suatu hari tu, kite ngan dia pergi Seremban. balik dari seremban tu, kite paksa dia singgah melaka. tekak ni teringin sangat nak makan asam pedas melaka. jengah² dekat belog orang, mereka kata asam pedas Melaka ni kemain sedapnya.

En suami pilih Cottage Spices Nyonya Restaurant. Dia kata asam pedas sini sedap, sebab dia pernah makan dengan Bos. ye lahh, dia memang selalu makan sesedap bila outstation. jeles!!

Makanan dekat sini memang sedap, kite order Kangkung Belacan, Asam Pedas Ikan.. Asam Pedas Melaka memang SEDAP nak arwahhh.... heheeeee !!

Alamat restoren ini :
Jalan Merdeka,
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel : 06-283  5040

Antara Menu yang ada dekat sini..
Recommanded  SEMUA !!

Ini Asam Pedas Melaka.. Ikan ape kite tak tahu... ^__^

Kangkong Goreng Belacan dia memang sedap.. 

Ais Asam Boi.. Menu Makan Tengah hari kami

P/s : Bercerita pasal makanan nie.... berkocak perut kebulur.. hahahahah !! kite nak makan dulu la... kbaii


Wednesday, September 17, 2014

Aku Pengedar Rasmi Shaklee area Pasir Gudang n Masai

Assalamualaikum................
haiiii,
akhirnya, setelah mendaftar sekian lama sebagai ahli shaklee, tergerak hati pula hati nak jual supplement Shaklee kat korang semua !


kite nak bagi tahu kat awak semua!!! kite merupakan pengedar sah Shaklee (ID 1098326). melalui kite awak semua boleh mendapatkan supplement bagi tujuan

> Ibu mengandung
>Berpantang
>Penyusuan bayi
> Masalah Berat Badan
> Kesuburan
> Anak kurang selera makan
> Eczema & Masalah Kulit
> Kencing Manis
> Gout
> Darah Tinggi

dan sebagainya

Untuk Pertanyaa dan pembelian
PM facebook : www.facebook.com/rozietarafar
Email : rozietaraffar@gmail.com
Sms/whatsapp : 0127520396
Wechat : rozietaraffar




Saturday, September 13, 2014

Happy Birthday Dania 5 Tahun...

Assalamualaikum.....................
Seperti yang korang sedia maklum, Nur Iman Dania merupakan Anak Merdeka !! Yeaaahh, sememangnya memang aku bersyukur dapat menjadi ibu Nur Iman Dania, walaupun hanya ibu angkat. ^_^. Nur Iman Dania ni kesayang semua ahli keluarga. jadi budak ni memang manja. Terlalu manja. Lebih² lagi dengan mak aku. 

Dengan mak aku, dia dimandikan dengan air panas, umur dah 5 tahun, tapi still lagi minum susu dengan botol. kalau pergi shopping, jarang sekali balik dengan tangan kosong. mesti ada aje benda yang mak aku beli. Manja kan! memang Manja!!

So, sempena hari jadi dia yang ke 5 tahun hari tu, i culik dia bawak lari pergi rumah mama. sambut birthday secara sederhana dekat sana. selalunya birthday dia meriah dengan adik² aku. hadiah lagi. so kali ini aku plan untuk buat secara sederhana. tujuan aku supaya dia merasa apa itu kesederhanaan. jika dulu ada makanan macam², kali ini aku hanya beli sebiji kek je. kalau dulu ada ramai orang menyanyikan untuk dia, kali ini cuma ada ayah, ibu dan adik² yang meraikan...aku nak ajar dia, bukan setiap benda dia boleh dapat. bukan selalu hidup penuh dengan kemewahan.





Dialog hari merdeka :
Dania : Ibu keje tak hari ni?
Ibu : Tak
Dania : Kenapa
Ibu : Sebab ibu dan sambut besday dania. Satu malaysia cuti nak sambut besday dania ^__^
Dania : oooo Tak muat la rumah nenek kalau semua datang nak sambut besday dania !
Ibu : ketawa berdekah²...




Procedur Pengambilan anak angkat - Temuduga dengan Jabatan kebajikan Masyarakat

Assalamualaikum.........................................
kite nak bayar hutang kat korang semua....
yeee kite tahu..
kite tak abis lagi cerita pasal pengambilan anak angkat......

bagi korang tercari² link untuk part procedur anak angkat tu boleh klik link kat bawah ni.. 


Meh kite cerita pulak procedur terakhir iaitu Temuduga dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kes anak angkat i dirujuk ke jabatan kebajikan Masyarakat disebabkan tiada surat penyerahan daripada ibu kandung. Jika kite ada surat penyerahan tersebut, maka kes ini tidak perlu campurtangan daripada pihak JKM. semua keputusan akan dibuat oleh JPN sahaja.

Panggilan temuduga dibuat melalui telefon, so korang yang dah sampai stage ni, alert telefon masing², takut terlepas panggilan tu. time Nur Iman Dania, i serahkan bulat² dekat suami i.

Semasa temuduga tu, suami isteri dan juga anak angkat perlu hadir, Tapi ketika i kena hadir temuduga, en suami terpaksa outstation. bila dimaklumkan kepada JKM, alhamdullilah, mereka memahami dan membenarkan i dengan Nur Iman Dania sahaj datang temuduga. Cuak jugak pergi interview tu tanpa en suami. takut² pihak JKM dapat kesan mama dia, pastu mama dia datang amik dania.. Meraung nanti, dah ler i ni pengecut!! kahkahakhhhh

Soalan temuduga

pertama sekali, penemuduga tu lihat dania, macam mana bentuk fizikal dia, rambutnya, matanya, warna kulit, ketinggian, berat badan.

Kedua : soalan berkenaan hal peribadi  I dan suami, seperti, alamat tempat tinggal, pendapatan bulanan, harta.. (ekk harta pun nak tanya- kahkahah)

Ketiga - Penjagaan Dania semasa i berkerja
Siapa yang jaga, keadaan persekitaran tempat tinggal, Pergaulan, keselamatan dan sebagainya. Memandangkan Nur Iman Dania, mak mertua i yang jaga, maka dari segi aspek keselamatan dan keselesaan mendapat markah yang tinggi dekat situ..yeaaah!

Keempat - Perancangan masa hadapan
soalan ini macam dekat JPN, apa perancangan kite untuk masa depan untuk anak angkat kite. 

tu aje! mudah bukan, yang penting, kite jangan tunjuk muka cuak. jawab dengan confident! hehehee... kerana, dalam procedur macam ni, jarang berlaku, JKM mengambil anak angkat kite tu, jika permohonan kite tu gagal. JARANG berlaku. kecuali jika korang culik anak tu dekat mana². kemesraan kite dengan anak angkat kite tu juga di perhatikan. jika anak angkat korang tu macam tak mesra alam, macam takut² dengan korang, gerenti JKM ada hak untuk ambil anak tersebut. So jangan garang², jangan culik budak².... 

Dokumen 
semasa interview ni, korang kena bawa slip gaji suami dan isteri (jika isteri bekerja), gambar anak angkat full body 2 keping. rasanya macam ada lagi dokumen yang perlu dibawa, tapi alahai kite lupa pulakk..... nanti kalau kite ingat, kite update yeee!!

Keputusan
keputusan temuduga adalah dalam masa 1 bulan. Tiada surat menyurat juga. macam mana nak tahu permohonan kita lulus ke tidak? cukup sebulan, korang boleh call Jabatan pendaftaran Negara untuk mengetahui keputusan temuduga tersebut.....

Ini adalah surat beranak Nur Iman Dania yang baru. Surat beranak dia yang original JPN ambil dan gantikan dengan surat beranak khas untuk anak angkat. dekat sini  tiada rekod untuk ibu bapa kandung Dania, yang ada adalah info ibu dan ayah angkat sahaja.
bersama surat beranak tadi, JPN lampiran surat sokongan mengatakan kita telah menjalani procedur anak angkat yang betul.


Buah Hati Saya!!
P/s : Nur Iman Dania.. Ibu sayang nia macam ibu sayang Airis dan Aufa. Sikit pun takde beza. Nia kawan ibu yang palinggg comel!! ^__^