Wednesday, May 28, 2014

Bila Tidur Tak Mo Berbuai

Orang Bilang, Budak² lebih elok kalau tidur tak berbuai. Senang nak berjalan pergi Mana².. Pengalaman i, pernah sekali bawak Aufa Tahqif pergi KL, memang menangis melalak² lah nak tido, sebab dia tidur memang berbuai. Sampai la dah Umur 3 tahun ni, tidur siang pun masih berbuai. Cuma malam aje, i tak bagi dia tidur dalam buai. 

Sekarang ni, bila turn adik dia, Airis Qisha pulak, tak suka tidur dalam buai. Ingatkan menyenangkan, iskk! iskk! lagi susah pulak. hahahaa.. bila tak nak tidur dalam buai, maka tidur dia waktu siang tu tak berapa nak lena. tidur tak sampai 30 minit dah terjaga. sebab abang² dia buat bising. bila dah terjaga, takde nye dia nak tido balik. 

So kesimpulannya, pada i, untuk mendapatkan kualiti tidur siang yang baik untuk anak² i, Buai merupakan insrument yang sangat baik.

Baik dan buruknya penggunaan buai ini, depand kepada si pengguna juga. bila baby lagi, penggunaan buai boleh menyenyakkan lagi baby tu tidur. bila baby dapat tidur yang cukup, maka takde lah dia nak meragam kan. 

Bila kite guna buai ni, keselamatan kena titikberatkan. ikat tali untuk sangkut buai tu dengan ikatan yang betul. bagi bayi, sila gunakan bantal dan alas dalam buai tu supaya posisi tidur dia menegak, jadi risiko lemas tu berkurangan. jika boleh ikat kain buai tu dekat dua dua hujung kain, bahagian kepada dan bahagian kaki, supaya bayi tak terjatuh. mana tahu kan, malang tak berbau. adalah lebih baik sekiranya bawah buai tu ada lapik tilam kecik. mengelakkan sebarang kemalangan berlaku. dah yang lebih penting, jangan tinggal anak kite dalam buai tu tanpa pengawasan. kalau ada kite ada kerja yang perlu dibuat di tempat lain, selalu jenguk  atau pantau anak dalam buai.


budak nie lebih relax tidur dalam rocker pink ni.. tapi itu lah, tidor sekejap² dah terjaga.....

Prosedur pengambilan anak angkat - part 3

Assalamualaikum. .
Haiii... baru teringat yg kite tak habis lagi cerita pasal pengambilan anak angkat kan? alahai.... sorry korang, kite lupa... faktor penambahan usia... kahkahhhh...bagi yang tak tahu lagi bagaimana cara mula² untuk mendapatkan hak penjagaan anak angkat boleh review entry kite yg ni okey!


http://rozietaraffar.blogspot.com/2013/07/prosedur-pengambilan-anak-angkat-part-i.html
http://rozietaraffar.blogspot.com/2013/08/prosedur-pengambilan-anak-angkat-part-2.html

Step yang ketiga
Selepas sumbit borang permohonan, kite akan dapat tarikh temuduga pada hari tu juga. Tarikh temuduga ni bergantung kepada kekosongan yang ada. Alhamdulillah, time kite buat hari tu dpt tarikh temuduga yang tak terlalu lama.Semasa temuduga ini, anak angkat kena ikut sekali ada. Documen yang perlu dibawa adalah kad pengenalan asal pemohon suami dan isteri dan surat nikah asal.

Antara soalan yang ditanya oleh pegawai yang berkenaan adalah mengenai karekter anak angkat kite. Apa yang dia suka, apa yang tak suka, kecenderungan anak angkat mcm dia lebih suka buat ape. Kelebihan dia. Makanan yang dia suka. Permainan yang dia gemari. Lepas dia tanya perancangan yang kite nak buat untuk anak angkat tu. dari segi pendidikan, dari segi kehidupan dia, dari segi kesihatan dia. 

Selepas sesi temuduga ni, kes pengambilan anak angkat ini akan di rujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekali lagi nak ingatkan, jika kite tidak ada surat penyerahan dari ibu kandung anak tersebut, maka kes pengambilan anak angkat akan dirujuk kepada kebajikan masyarakat. 

Kebiasaannya, JKM akan menghubungi si pemohon untuk memberitahu tarikh temuduga di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tidak akan ada surat menyurat berlaku. So, korang kena alert benda ni. Bagi kite, kite serahkan aje dekat suami. sebab kite tak akan jawab panggilan yang tidak dikenali. hahahaha!

Okey nanti kite sambung lagi berkenaan dengan sesi temuduga dekat Jabatan Kebajikan Masyarakat. 


ini gambar terbaru Nur Iman Dania Rashidi. Mana tahu kot² mama dia nak tengok anak dia kan.. Hai Mama, ini Dania! ^__^. Gigi Nia dah ada 'longkang besar' .. kahkahkahh [gigi depan dia dah retak so, antara 2 gigi tu rengang, Ni la padahnye keje makan jajan, gula²...]

Saturday, May 24, 2014

Gula Punca Kegemukkan ??

Assalamualaikum................
Sememangnya makan atau minum benda² manis memang menjadi amalan harian kite. Dalam masakan pun kengkadang kite letak gula untuk mennaikkan lagi rasa sesuatu masakan.. hehe ! Masak asam pedas Johor pun kalau tak letak gula, mau pijo lidah kepedasan.. kan! kan!

Sapa yang consume gula lebih? lelaki ke perempuan? Pada kite, sudah tentunya perempuan. sebab perempuan gilerkan dessert! kehkehh.. mcm kite la... semenjak mengandungkan Aufa, kite memang suka makan cheesecake kak bani. pastu, time mengandungkan Airis, kite giler makan cheesecake leleh. Sampai laaaa ni, asyik melantak cheesecake je. kalau takde cheesecake, ape² cake pun kite telan.. haha! obses kan?

Sampailah tahap ni, lemak kat badan dah hampir mencecah 70kg.. Seluar semua dah sendat kat pinggang.. baju uniform pun dah mengelembung kat perut. Time jalan pun terpaksa kempeskan perut, cover supaya tak nampak kebuncitan! kahkah Malu!!!

ini semua angkara dessert! sapa yang perlu disalahkan? Dessert! jahat punya dessert!!!

Dalam satu fakta [rasanya fakta la kot], 62% perempuan mengalami obesiti kerana gula! Yeaa! saya sokong fakta ini.


Bila kite lihat banner nie kan, terus lahir 1 idea untuk cabar diri sendiri. Cabaran 7 hari tanpa gula! fuyoooo! boleh ke? boleh ke kite menerusikan kehidupan seperti biasa tanpa dessert? tanpa nescafe? hahaaaa... kite cube yeee! 

P/S : Kite nak start cabaran 7 hari tanpa gula tu esok, maka hari nie kite pulun cheesecake mable puas²... kahakhh... perhhh sedapnye cheesecake!

Thursday, May 8, 2014

Aqaisha Collections

Haiii... Assalamualaikum. .
Dah macam biskut chipsmore  pulak kan, kejap ada kejap takde. Kesibukkan yg teramat sangat. Dengan kerja office yg asyik pending aje. Alhamdulillah, sales pun banyak. Commission pun banyak jugak.. hahaha rezeki anak..


Di tambah pula dengan kesibukan menguruskan business kite yang baru nak mula nie. Hehe.. sememangnya dari dulu lagi nak ada perniagaan sendiri. Dengan izinNya maka lahirlah Aqaisha collections... Dekat Aqaisha collections nie... ada jual pelbagai jenis tudung..alhamdulilah, sekarang Aqaisha collections dah ada peminatnye yang tersendiri... terima kasih awak semua!! Buat masa nie AC jual tudung aje dulu.. akan datang, in Sya Allah akan ada pelbagai jenis barang. Niat sebenarnya nak jadikan aqaisha collections ni sebagai butik muslimah.. harap2 tercapai hendaknyee...

Korang semua.. sudi² kan lah.. singgah dekat kedai maya kite ni ekkk.... ape yang istimewanya kedai kite ni... kebanyakkan tudung yg kite jual adalah di bawah rm 20.00. Dan yang paling best, kite boleh jadi posmen hantar tudung terus ke pintu rumah korang. Kalau order pagi, tengahari dah sampai. Hahaaaa tapi khas untuk penduduk pasir gudang dan kawasan sekitarnya aje......






Boleh jenguk² Facebook Aqaisha Collection  atau Aqaisha Hijab  untuk lebih banyak pilihan Hokey!!

PS : Terima kasih kepada semua customer² AC yang dah pun membeli belah dengan AC.. Mana yang terkurang minta Halal kan ekk....!!