Ahli Keluarga Baru - Nur Airis Qisya

April 08, 2014

Assalamualaikum.................................
kite nak memperkenalkan ahli keluarga kite yang baru, nama dia Nur Airis Qisya. Lahir 27 Januari 2014. Haii sayang! selamat datang !!

Melahirkan anak ke 2 nie takde la sesukar ketika melahirkan anak pertama. Fizikal dan mental dan bersedia dari awal lagi. Memang tak sabar nak bersalin masa tu sebab tak larat nak bawak badan. hehehe... berat masa tu 73 kg. korang bayangkan lah, kite yang katek mcm nie berat 73kg. kengkawan cakap mcm donut bergerak dah.. kahkakah.. redha aje lah ekk...

Alhamdulliah masa nak bersalin tu, kebetulan en suami sedang bercuti. Nasib baik tak bersalin time dia kena Outstation. sekurang² nya bila dia ada, ada peneman dekat dewan bersalin tu. takde la kite feel mcm orang terbuang dekat situ. Terima Kasih sayang!! 

Berpantang pula, dari anak pertama lagi, kite takde la berpantang kaw² .. berpantang ala kadar. dapat mak pulak yang tak berapa nak tahu berpantang macam mana. hahaha! kelakar jugaklah mak kite kan, sebab anak ada 5, tapi boleh tak tahu nak berpantang macam mana.. jadi kite pun redha aje lah. berpantang ala-ala berpantang.

tapi kali ini, apa yang i titik beratkan adalah tidak keluar rumah merayau mcm dulu². serik sangat. so, jadikan duduk la kite berkurung dalam rumah sambil melayan cerita² korea dekat KBS WORLD tu... Baby Airis pulak asyik membuta aje kejenya.. sampai laaa nie, time tidur i tak terganggu langsung.. sebelah malam pun baby cuma 2 kali aje mintak susu. tapi sekali dia minum 4 auns hokey! tak macam budak 3 bulan..






P/S : Nak tahu, nama Nur Airis tu en suami yang bagi, Qisya pulak kite yang beri. Kasi la en suami chance untuk letak nama pada anak dia. Dia merunggut, katanya dia tak ada peluang nak letak nama pada anak. Nasib baik dia bagi Airis kalau dia letak bedah. Meraung kite.. kahkah...  tahu tak Airis tu datangnya dari watak si Rita Rudaini dalam cerita Airis tu. jangan perangai dia pun sama macam Airis dalam cerita tu sudah!! 

You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images