i selalu online waktu bekerja. sebab utama adalah kerana i tak ada laptop atau pc dekat rumah. hahah! lagipun memang tidak mempunyai cukup masa nak mengadap pc dekat rumah. Masa yang ada i gunakan sebaik mungkin untuk anak² i dan juga untuk melakukan kerja-kerja surirumahtangga.
Kerja sekarang ni pun bukan lah berat sangat dan tidak memerlukan 100% tumpuan dalam membuat sesuatu tugas. jadinya, banyak masa terluang untuk i skodeng Blog dan facebook. hehe. lebih² lagi bila bos dah balik makan.
satu petang tu, i terskodeng web Groupon Malaysia dan terjumpa package untuk menguruskan badan dari Mayfair. Rm 38.00 sahaja. Maknanya i akan jimat sehingga 70% daripada harga Rm 2,641.00. Terujakan! ditambahkan lagi dengan keadaan sekarang dah macam secomel beruang kutub, i nekad beli kupon tu. Ala.. Rm 38.00 je murah sangat!
i beli kupon tu bulan december 2012, tapi bulan Feb 2013 baru dapat tebus. itu pun setelah kawan i war-warkan yang dia daftarkan diri dekat Slimming world Slimming Center. Terpengaruh sebenarnya. Kalau ikutkan hati, malas nak tebus kupon tu.
Bila Sampai dekat sana, bagaikan diduga, i 'dipaksa' upgrade la sangat. pakej yang i beli. Mula² tu dia tawarkan i pakej yang boleh buat i sakit jantung bila lihat harga dia. hahaha! kaw² punya harga. I tolak dengan baik. sehinggakan dia offer i pakej student dengan harga Rm 700.00 dengan 10 sesi. 5 sesi untuk pecah lemak dan 5 sesi cair lemak. pakej tu buat i cair. Damn! dah agak dah, i mesti cair punya! Bila i dah accept offer mereka, barulah dia orang nak buat treatment. Kalau tidak, mereka akan push i sampai i kata okey!
untuk pecah lemak, Consultant tu mintak i tanggal baju, kecuali bra dan seluar dalam.! ternganga aku! hahaaa... maluuuuuu! nasib baik hari tu i i pakai pakaian kecik yang paling cantik yang i ada...hahahaaa!! consultant tu sapu seluruh badan i dengan losyen kurus then dia warp badan i dengan wrapping plastic, then dia bungkus i dengan hot blanket. dia suruh i rehat lebih kurang 30 minit. siap tidur berdengkur i kat dalam blanket tu. Selepas 30 minit, wrapping plastic tu ditanggalkan then di ukur badan i. resultnya ada penyusutan sebanyak 2 cm pada setiap bahagian.
Ape yang i rasa selepas dibungkus dengan hot blanket tu? rasa macam baru lepas pergi jogging dekat Bukit Layang-Layang 3 kali pusing. Penat!!
Appointment kali kedua, i kena paksa beli fiber. seperti biasa, selagi i tak kata okey, selagi tu la tak ada treatment. Masa ni, i dah mula rasa menyesal. Kali ketiga treatment, consultant tu offer i guna minyak apa tah. kegunaan minyak tu, adalah untuk membuang selulit. selagi tak kata okey, selagi tu tak ada treatment. So i terpaksa kata okey. Dalam hati i, ni kali terakhir i buat treatment. Tak apa rugi sikit daripada i asyik kena paksa beli itu beli ini. Nasib baik i tak bayar habis lagi fiber tu dengan minyak. i letak deposit pada fiber tu Rm 50.00 dan minyak tu Rm 5.00 saja.
Next treatment? No No No.. i tak pergi lagi. masih tertinggal 2 kali treatment. tapi hati i sebulat kata, tak payah pergi lagi. Buang masa, buang duit! sebanyak 3 kali pergi treatment tu. berat badan i kurang 2 kilo. dan dengan berkat i berusaha diet Atkins, i dapat kurangkan lagi sekilo dalam masa 2 minggu.
Moralnya, Jangan beli apa² kupon yang giler murah macam tu,lebih² lagi yang melibatkan service macam slimming center dan Spa. kebanyakkan mereka pasti akan ushar kita untuk upgrade pakej.. i dah serik. serik sangat².....
Diet Atikins lagi baik!