Tips Air Cond - Menetapkan Suhu Yang Sesuai

October 11, 2013

Kemarin I pergi Samsung Product Training dekat Hotel Paragon Di Johor Bahru. Kali ni Samsung nak training semua dealer pasal Home Appliances! selalunya kalau pergi product training ni mesti balik² product AV (Audio Video) je..

Banyak² perkara yang i belajar semalam, point yang nak share dengan korang semua adalah mengenai suhu Air-cond. Untuk kita yang bukan pakai air cond Inverter, ada kaedah untuk kita menjimatkan elektrik untuk penggunaan Air cond. Caranya adalah menetapkan suhu yang bersesuaian.






I kalau pakai air-cond, Suka sangat set suhu paling rendah 16oC. Sebab nak sejuk cepat. Tapi dengan cara ini lah yang menyebabkan Bil eletrik rumah i mesti lebih dari Rm 100 setiap bulan. keihkehkhhh.. Tapi sejak semalam i dah kurangkan suhu kepada paras normal iaitu 24oC je..

Trainner tu cakap, Sebenarnya suhu sejuk yang normal bagi bilik adalah di antara 22oC hingga 24oC. Jika kita set suhu ke 16oC. Compressor  Air cond akan kerap berkerja untuk mengekalkan bilik di paras 16oC. Selagi suhu bilik tidak mencapai suhu yang telah di tetapkan , selagi itulah compressor akan berkerja dan mereka bekerja bukan pakai air ye kengkawan. dia orang berkerja guna elektrik. hehehe

Tahu tak keadaaan macam mana suhu 16oC ni? kata Trainner tu, Suhu 16oC nie sejuk dia umpama kite berada di Genting Highland dalam keadaan Kabus yang tebal dan ada angin bertuip! Pernah rasa tak? Pernah pergi Genting Highland dengan keadaan Kabus yang tebal? I pernah alaminya ketika bercuti hari raya hari tu. memang sejuk yang amat.

Suhu 24oC pula umpama Suhu waktu pagi selepas hujan lebat. haha! suhu sebegini pun kadang² buat kita nak tarik selimut semula, tak moh bangun pergi kerja kan kan? Selalunya selepas hujan, mesti kita tak nak mandi guna air paip sebab kesejukkan, mesti nak guna air panas kan? So macam tu la perbandingan yang di ajar oleh trainner tu.

Semenjak guna suhu Air Cond 24oC ni, bila set ke 22oC i rasa macam dekat kutub utara selatan sejuknya.. hehehee.... moga² selepas ini, bil elektrik akan ada sedikit penurunan... 

You Might Also Like

5 Comments

  1. saya suka sgt letak suhu paling rendah...sejuk.je...tApi lama2 tutup terus.haha...info yg bagus..thank u..

    ReplyDelete
  2. Macamane dgn fan mode? Still set pd maximum or minimum or auto mode? Utk pnjimatan elektrik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. en Ihhamd, kalau tak silap saya kan, kalau fan mode, fungsi dia seperti kipas, so kalau letak maximum pon takde masalah..

      betulkan saya kalau saya silap ye.. :)

      Delete
  3. Ni blog saya. Saya ingt nak nak buat juga pasang penggunaan aircond ni. Saya nak ambil tips siket dari blog ni. Okeyy. Ni blog saya www.marmaguesthouse.blogspot.my

    Okeyy semua

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images