Product Review - Dermagic Simply Siti

September 30, 2013

Sebelum ini, i adalah penguna tegar product olay. tapi i consume dia punya pencuci dengan  day cream je. bukan complete set. Suatu hari Beauty Consultant tempat kerja i nie, dia promote product Simply Siti. hahaha.. Untungnye ada beauty Consultant dekat kedai letrik nie kan. 

Kawan i nie suka promote barang² yang dia beli, then bila dia tepek gambar traveling pack produk Simply Siti yang murah, siap dengan mask sekali. i pun terpengaruh. Harga Traveling Pack tu Rm 29.90 Jee. Kawan i beli dekat Watson.

Bila dapat dekat tangan takde la pulak Mask tu. Rupanya mask tu kena beli berasingan. Cehh! tertipu Tipah! I dah cuba pakai Simply Siti ni lebih 3 minggu. Pakai sikit² sebab nama pun traveling pack kan. Cenonet je barang dia. Memang bessst! sangat pakai SS nie. Yang part paling best dia punya toner dan Moisturise cream.. Dia buat kulit kita rasa segar dan sejuk macam kite tepek air batu. dengan adanya kesan sejuk tu, maka dan letak foundation pun senang. Pori² cepat tertutup, membuatkan kulit kita nampak halus. Pakai Foundation pun tak payah banyak². sikit je dah boleh menutup kulit. Bedak pun tak payah pakai banyak. So, kita boleh berjimat dekat situ. Lagi satu, tak adalah effect wayang Cina 'peekgee' dekat muka kita gara² nak tutup cela dan pori²..

Traveling pack nie pun dah nak abis, sesungguhnya berharap dapat terjumpa economic pack macam yang Olay selalu buat. Ada pencuci muka siap dengan Cream. Kawan i ada jumpa. iskkk! asyik dia je jumpa. harap² pas nie kalau i pergi Watson ke Guardian ke, terjumpa la economic pack nie.. Harap²...


Ni gambar yang kawan i promote, sengaja letak mask n bb cream dekat situ







Lepas nie i jadi pengguna tegar Simply Siti pulak. Apa salahnye kite up kan sikit Produk anak tempatan. orang Melayu pulak tu kan?  Asyik consume product luar negara & produk orang cina je.....

You Might Also Like

4 Comments

  1. Replies
    1. aha.. sejuk sgt mcm kena tepek dengan air batu.. heheeee

      Delete
  2. "orang Melayu pulak tu kan? Asyik consume product luar negara & produk orang cina je...." <<<<< LOL,... blogging pasal kosmetik pun nk racist

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak masa la nak racist² ni mak jemah oittt..
      tak jadi satu masalah perkauman pun kalau saye sokong buatan anak bangsa sye sendiri...

      mak jemah ni kot yg racist.... ^__^

      Delete

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images