Kawan Baru Aufa & Dania

September 30, 2013

Source : Pinterest

Bagi mereka yang belum tahu, i sekarang pregant lagi... yeaaaa! tak lama lagi, Dania dan Aufa ada kawan baru. Kawan untuk gaduh, kawan untuk bermain, kawan untuk berebut mainan, kawan untuk menyerak! waaa weeeiii! mesti anak² rasa seronok! 

Mak i kata, nanti tak boleh nak handle. Tapi i percaya, Inn Sya Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah semenjak tahu pregant, tak ada alahan yang teruk sampai tak boleh nak buat kerja. Pernah sekali tu, kena serangan batuk. tapi sekejap je. Alahan takde selera makan pun tak lama. Yang mengelikan hati, I tak berminat nak makan ayam. hahha! AYAM  tahu! sememangnya, sebelum mengandung dulu, i memang hantu ayam. lebih² lagi ayam goreng!

Yang membahagiakan i, pada bulan puasa hari tu, I dapat berpuasa sebulan penuh dengan jayanya untuk pertama kali dalam hidup i. hehehehe.. Pertama Kali yeeeee.... sekarang baby dah 5 bulan. Bulan depan dan boleh scan untuk tahu jantina lelaki ke perempuan. yeaaa yeaaa! i dan suami tak sabar nak tahu. Tapi Nur Iman Dania kata dia nak baby perempuan. tak nak baby lelaki. hahaha! mesti dia tension asyik kena mengalah je dengan Aufa.

Aufa pulak suka tepuk² perut i. dan yang paling banyak ragam adalah si aufa. asyik nak berkepit dekat kaki i. Mungkin ini dikatakan pembawakan.. dulu masa mengandungkan Aufa, Dania yang bertepek dengan i. Maka lahirlah baby lelaki. Kalau Aufa bertepek dengan i, Mungkin yang bakal lahir nanti Baby perempuan. I suka! i suka!

disebabkan ini adalah pregancy yang terakhir *perhaps! ahahaa* maka ibu ayah nie berebut nak beri nama untuk baby. En suami kata, dia tak pernah berpeluang untuk namakan baby. Tapi kan sayang.. Nanti kalau sayang bagi nama, entah² ape nama je sayang bagi! so no! no! no! Sebab ibu dah ada nama! keihkeheihhhhh....


You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images