Happy Birthday Nur Iman Dania - 4 Tahun

September 28, 2013

Assalamualaikum

31 Ogos hari tu merupakan hari jadi kakak. Yea yeee i tahu entry ni boleh dikatakan agak basi. Tapi ape boleh buat. semangat kemalasan tu membuak² dalam diri i. hahahhaaaa.......

Sempena menyambut hari jadi kakak, adik² i semua balik kampung. yang dimaksudkan 'kampung' tu adalah rumah mak i la.. bukan kampung kat mersing tu. hehehe... lagipun cuti panjangkan waktu tu. Walaupun tak besar mana pun i buat majlis hari jadi kakak nie, tapi memang meriah lah. 

Hajat sebenarnya nak buat besar sikit, nak panggil kengkawan sekolah dia, cikgu² dia, tapi  waktu tu Ibu atie yang merangkap ketua majlis tak ada, so kita buat ala kadar je la yeee.. Tahun depan lah, ibu buat besar sikit macam adik yeee kakak!

Budak Nur Iman Dania nie, ape pun tak kisah. asalkan ada Kek dan lilin untuk dia tiup. kira dah suka sangat lah dia. heheheee

Dah besar dah anak ibu, dah pandai mandi sendiri, pakai baju sendiri, sikat rambut sendiri. Pergi toilet sendiri, semua sendiri. Pandai anak ibu berdikari. Mulut pun berceloteh jeee, tak pandai nak diam sekejap. macam² nak tanya, macam² nak tahu, Macam² benda nak bergosip.

Semoga Nur Iman Dania menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan Ibu Ayah dan Mama Papa okey!

Kek disponser oleh Amarlisa Rafar..  Thansk Asha




Semua budak kecik nie anak kami yeee!





Baju dari padini, Asha beli.. hahaa asha kan kaya !

Acu

 Andaikata mama dia terbaca dan terjumpa entry ni, i ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana melahirkan dan memberikan saya anak yang cukup cerdik dan cantik ni...


You Might Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi datang ke blog ni. dan sudi-sudikan meninggalkan jejak korang kat sini. jika ada kelapangan kite tinggalkan jejak kite kat blog korang pulak nnti.

* sila guna perkataan yang molek² dan jangan emo² - Thanks*

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images