Monday, September 30, 2013

Product Review - Dermagic Simply Siti

Sebelum ini, i adalah penguna tegar product olay. tapi i consume dia punya pencuci dengan  day cream je. bukan complete set. Suatu hari Beauty Consultant tempat kerja i nie, dia promote product Simply Siti. hahaha.. Untungnye ada beauty Consultant dekat kedai letrik nie kan. 

Kawan i nie suka promote barang² yang dia beli, then bila dia tepek gambar traveling pack produk Simply Siti yang murah, siap dengan mask sekali. i pun terpengaruh. Harga Traveling Pack tu Rm 29.90 Jee. Kawan i beli dekat Watson.

Bila dapat dekat tangan takde la pulak Mask tu. Rupanya mask tu kena beli berasingan. Cehh! tertipu Tipah! I dah cuba pakai Simply Siti ni lebih 3 minggu. Pakai sikit² sebab nama pun traveling pack kan. Cenonet je barang dia. Memang bessst! sangat pakai SS nie. Yang part paling best dia punya toner dan Moisturise cream.. Dia buat kulit kita rasa segar dan sejuk macam kite tepek air batu. dengan adanya kesan sejuk tu, maka dan letak foundation pun senang. Pori² cepat tertutup, membuatkan kulit kita nampak halus. Pakai Foundation pun tak payah banyak². sikit je dah boleh menutup kulit. Bedak pun tak payah pakai banyak. So, kita boleh berjimat dekat situ. Lagi satu, tak adalah effect wayang Cina 'peekgee' dekat muka kita gara² nak tutup cela dan pori²..

Traveling pack nie pun dah nak abis, sesungguhnya berharap dapat terjumpa economic pack macam yang Olay selalu buat. Ada pencuci muka siap dengan Cream. Kawan i ada jumpa. iskkk! asyik dia je jumpa. harap² pas nie kalau i pergi Watson ke Guardian ke, terjumpa la economic pack nie.. Harap²...


Ni gambar yang kawan i promote, sengaja letak mask n bb cream dekat situ







Lepas nie i jadi pengguna tegar Simply Siti pulak. Apa salahnye kite up kan sikit Produk anak tempatan. orang Melayu pulak tu kan?  Asyik consume product luar negara & produk orang cina je.....

Kawan Baru Aufa & Dania

Source : Pinterest

Bagi mereka yang belum tahu, i sekarang pregant lagi... yeaaaa! tak lama lagi, Dania dan Aufa ada kawan baru. Kawan untuk gaduh, kawan untuk bermain, kawan untuk berebut mainan, kawan untuk menyerak! waaa weeeiii! mesti anak² rasa seronok! 

Mak i kata, nanti tak boleh nak handle. Tapi i percaya, Inn Sya Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah semenjak tahu pregant, tak ada alahan yang teruk sampai tak boleh nak buat kerja. Pernah sekali tu, kena serangan batuk. tapi sekejap je. Alahan takde selera makan pun tak lama. Yang mengelikan hati, I tak berminat nak makan ayam. hahha! AYAM  tahu! sememangnya, sebelum mengandung dulu, i memang hantu ayam. lebih² lagi ayam goreng!

Yang membahagiakan i, pada bulan puasa hari tu, I dapat berpuasa sebulan penuh dengan jayanya untuk pertama kali dalam hidup i. hehehehe.. Pertama Kali yeeeee.... sekarang baby dah 5 bulan. Bulan depan dan boleh scan untuk tahu jantina lelaki ke perempuan. yeaaa yeaaa! i dan suami tak sabar nak tahu. Tapi Nur Iman Dania kata dia nak baby perempuan. tak nak baby lelaki. hahaha! mesti dia tension asyik kena mengalah je dengan Aufa.

Aufa pulak suka tepuk² perut i. dan yang paling banyak ragam adalah si aufa. asyik nak berkepit dekat kaki i. Mungkin ini dikatakan pembawakan.. dulu masa mengandungkan Aufa, Dania yang bertepek dengan i. Maka lahirlah baby lelaki. Kalau Aufa bertepek dengan i, Mungkin yang bakal lahir nanti Baby perempuan. I suka! i suka!

disebabkan ini adalah pregancy yang terakhir *perhaps! ahahaa* maka ibu ayah nie berebut nak beri nama untuk baby. En suami kata, dia tak pernah berpeluang untuk namakan baby. Tapi kan sayang.. Nanti kalau sayang bagi nama, entah² ape nama je sayang bagi! so no! no! no! Sebab ibu dah ada nama! keihkeheihhhhh....


Hadiah Hari Jadi Dania - 4 Tahun


Nak tunjuk dengan korang, hadiah-hadiah yang Nur Iman Dania dapat sempena hari jadi dia yang ke 4 tahun.Mekasih, Hadiah dari Agee jee i lupa nak amik gambar. Hahhaaa... Sorry Agee!


Ini Kotak Jewelery Hello Kitty, Asha yang bagi

Ibu Tumpang letak Brooch ibu yee kakak!
Sebenarnya ni hadiah Hari jadi in Advance kepada Muhammad Aufa Tahqif. Tapi I bagi kakak Je la, sebab nak ajar dia menambung!
 
Ini Hadiah Permintaan Khusus dari kakak. Dia kata nak mainan doctor².. dah tak nak jadi polis, nak jadi doktor pulak makcik nie

Banyak² hadiah nie, yang paling i suka adalah tabung Messi tu. heheehehe! i memang suka menabung duit syiling. Nampak gayanya, kakak pun dah ikut jejak langkah i. Bila dah dapat tabung ni, terus dia duk diam² dalam bilik pastu dia keluarkan semua duit syiling dalam tabung 1 Malaysia i, then dia masukkan dalam tabung dia. Wah!! melopong i sebab dalam tabung i dah takde duit.

Sejak dari tu, pantang nampak duit syiling bersepah dekat rumah, dia akan kutip pastu dia masukkan dalam tabung dia. kalau i bagi duit syiling suruh masukkan dalam tabung, dia akan tanya, nak masuk tabung ibu ke tabung nia? Kalau i cakap tabung ibu, dia suruh i tutup mata, pastu dia masukkan dalam tabung dia jugak! hahahahahaa! pandai ekk anak ibu dan bergurau dengan ibu!

Pssssst! tu cadar baru i, Cantik tak? i suka suka suka!

Saturday, September 28, 2013

Happy Birthday Nur Iman Dania - 4 Tahun

Assalamualaikum

31 Ogos hari tu merupakan hari jadi kakak. Yea yeee i tahu entry ni boleh dikatakan agak basi. Tapi ape boleh buat. semangat kemalasan tu membuak² dalam diri i. hahahhaaaa.......

Sempena menyambut hari jadi kakak, adik² i semua balik kampung. yang dimaksudkan 'kampung' tu adalah rumah mak i la.. bukan kampung kat mersing tu. hehehe... lagipun cuti panjangkan waktu tu. Walaupun tak besar mana pun i buat majlis hari jadi kakak nie, tapi memang meriah lah. 

Hajat sebenarnya nak buat besar sikit, nak panggil kengkawan sekolah dia, cikgu² dia, tapi  waktu tu Ibu atie yang merangkap ketua majlis tak ada, so kita buat ala kadar je la yeee.. Tahun depan lah, ibu buat besar sikit macam adik yeee kakak!

Budak Nur Iman Dania nie, ape pun tak kisah. asalkan ada Kek dan lilin untuk dia tiup. kira dah suka sangat lah dia. heheheee

Dah besar dah anak ibu, dah pandai mandi sendiri, pakai baju sendiri, sikat rambut sendiri. Pergi toilet sendiri, semua sendiri. Pandai anak ibu berdikari. Mulut pun berceloteh jeee, tak pandai nak diam sekejap. macam² nak tanya, macam² nak tahu, Macam² benda nak bergosip.

Semoga Nur Iman Dania menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan Ibu Ayah dan Mama Papa okey!

Kek disponser oleh Amarlisa Rafar..  Thansk Asha




Semua budak kecik nie anak kami yeee!





Baju dari padini, Asha beli.. hahaa asha kan kaya !

Acu

 Andaikata mama dia terbaca dan terjumpa entry ni, i ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana melahirkan dan memberikan saya anak yang cukup cerdik dan cantik ni...


Friday, September 27, 2013

Semakin ramai yang Berani menghina Kami Warga JOHOR !

Assalamualaikum

I anak jati JOHOR. Lahir dekat Mersing, Johor. Mak Abah pun orang Johor. Suami pun orang Johor. Saya suka tinggal dekat Johor. Kurang Jem berbanding Kuala Lumpur walaupun KL lebih banyak tempat² shopping yang menarik huhuhu... 

Sejak akhir² ini, ramai manusia² yang iri hati dengan kami, warga Johor. kenapa ekk dia orang nie suka sangat dengki dengan kami semua? ape lah salah kami ekkkk....

Mungkin dia orang nie nak famous! kalau kutuk² kan status dia orang cepat naik. cepat orang highlight, cepat orang share. Mungkin tu la gamaknye....

Tapi yang jadi tak sedapnya, sampaikan TMJ pun dia orang berani kutuk² .  Berani sungguh korang nie ekkk... Itu Tengku Mahkota Johor Kesayangan Kami tahuuu....

Apa² pun harapan i, orang yang suka kutuk² kami warga Johor, udah² la buat lawak... cukup² lah nak mengata kami semua. Tak pasal² korang dapat dosa free. Pastu tak pasal² orang mengeji korang, tak pasal² budak² Johor yang mulut jahat tu mendoakan yang tak baik untuk korang. Ye lahh.. kami pun manusia biasa jugak. Kalau kena Kutuk jeee.. mana kami semua tak hangit. Camne la tak mulut segelintir dari kami nie jadi jahat...

Harap² lepas nie, jangan cari publisiti murahan macam nie yeee.... 




Credit Saya Orang Johor Facebook

Saya sayang Johor selamanya...